Aku sediakan kamu secangkir kopi panas dan selimut paling tebal kerana hujan sedang menajamkan belati rintiknya dan cuba mencantas simpulan kasih kita.
Aku bersendirian. Ada tangan jahat cuba menolak aku masuk ke dalam rumah itu. Rumah yang dipenuhi iblis-iblis jantan betina, kadang sesama jantina melakukan kerja celaka. Berzina dan merakam kerja zina untuk tontonan.
Tangan jahat: Masuklah, tengok, tiada orang nampak. Tiada orang tahu. Diri aku yang baik melawan : Tuhan nampak, malaikat nampak! Tangan jahat : Nanti kau solat, kau minta ampun. Ini pun ilmu juga tau( Dia tersenyum) Diri aku yang baik: Tidak, aku takut dosa, nanti malu dengan Tuhan.
Episod pujuk memujuk berakhir dengan kekalahannya.
Sekarang, tika ini dia berada di penjuru laptopku Menangis teresak-esak Meratapi kekalahanya.
Tika aku klik, Al Qur'an Explorer, tangan jahat melolong-lolong berlari keluar dari rumahku. Wajahnya legam terbakar.
Entah kenapa tiada upaya menghasilkan apa-apa barangkali benar kerja meminitkan surat-surat dan mengira itu ini menjadikan kalam indah rentung runtuh, tenggelam dan hilang di celahan timbunan fail tersepit di celahan mesin-mesin fotokopi tersorok di sebalik askara-askara papan kekunci
PS: Ninnie, maafkan aku. Barangkali aku sudah hampir kalah dalam 'menghidupkan' watakmu. Gagal menyambung cerita cintamu.
Catatan dia berakahir di sini. Dan aku tak pernah bertemunya walau sekali pun. Sesekali aku ada sms dia bertanyakan khabar. Kadang dia sms aku, bertanyakan khabar aku dan Muha.
Bila ku tahu dia sudah 'pergi' ada kekesalan di hati kerana aku rasa aku lebih mementingkan diri.
Selamat pulang rakan/kakak yang tidak pernah ku temui.