Memaparkan catatan dengan label nostalgia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nostalgia. Papar semua catatan

21.8.11

Azmi dan kenangan ketika anak-anak

Mereka selalu bercerita, aku budak cerdik. Tetapi Azmi tidak pandai. Di dalam kelas, Azmi selalu menyorok di bawah meja bagi mengelak soalan guru. Cikgu-cikgu kadang menggunakan bahasa tidak sepatutnya diucapkan kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun dan disesarkan bersama kerbau lembu dan lumpur sawah padi.

Sewaktu aku mengenal dan fasih membaca seawal tujuh tahun, dia tidak pernah tahu apa-apa kecuali mengeja nama sendiri. Cikgu-cikgu di zaman itu, barangakali belum dipekenalkan dengan Teori Kepelbagaian Kecerdikan Gadner.


Justeru itu, Azmi selalu digelar bodoh, bebal dan pemalas. Di waktu senggang, Azmi akan datang ke rumah kami. Bermain pondok-pondok dengan aku dan adik. Aku terima dia tanpa prajudis. Kanak-kanak tidak tahu menilai. Kalau dia bodoh sekali pun, dialah kawan baik yang selalu ada untuk membela dan menjaga aku dari dibuli kawan-kawan yang terlebih 'bijak'.


Seperkara yang aku kagumi tentang Azmi adalah, ketelitian dan bakatnya dalam kerja-kerja pertukangan. Dia mewarisi kepakaran datuknya. Aku suka melihat Azmi meracik buluh untuk dijadikan sangkar burung.


Walau pun begitu, aku kurang gemar tabiat mereka sekeluarga yang gemar mendenak burung. Menyangkar burung. Azmi juga mewarisi hobi buruk itu.


Pesan abah" Haiwan yang mahu bebas, jangan dikurung. Jangan disiksa dan dilastik".


Keluarga kami sering berkonflik. Namun, itu tidak pernah menghalang dia mengunjungi dan makan-makan di rumahku.


Ya! Keluarga kami miskin, tapi entah kenapa dia masih suka rumah aku dan masakan mak.


"Sedap la sambal tumis Tok Su"katanya sambil tersengih sesudah perut kekenyangan. Emak dan arwah datuknya bersaudara sepupu. Biarpun kami sebaya, dia berpangkat anak saudara kepadaku,


Emak aku, memasak dengan kasih sayang. Mesti enak. Aku yakin mengatakan masakan yang dimasak dengan kasih sayang adalah juadah paling enak disantap meski pun juadahnnya biasa-biasa sahaja. Ubi kayu rebus cicah sambal, teh susu air tangan mak memang kesukaan kami.


Aku tidak mewarisi kepakaran emak. Tidak tahu dan tidak gemar memasak. Adik yang mewarisi kepakaran emak dan kebaikan hati abah. Pemaaf!


Aku, perempuan teruk. Kadang hidup dalam duka kerana cerita lama yang melukakan.


Azmi, kini sesorang tukang kayu yang hebat. Sudah berada. Tidak pernah lagi menjejak kaki ke rumah kecil kami. Aku pun sama, tidak pulang sewaku kematian datuknya beberapa bulan yang lalu.


Rasanya, kami sudah lama tidak bertemu dan bercerita seperti dahulu.


Aku sudah lupa bagaimana rupanya! Tetapi kebaikan yang ada di dalam dirinya masih tersimpan kemas di dalam ingatan.

Ada waktu, aku seperti ingin kembali ke zaman anak-anak kami. Mandi sungai, bermain layang-layang di waktu kemarau panjang di tengah sawah kontang. Berebut ubi rebus, menangguk ikan dan udamg sungai.

Udang sungai spesis haiwan kecil yang suduh pupus kerana perubahan di dalam teknologi pertanian. Sama seperti pupusnya ikan keli dan sepat di sawah separa kontang kala musim menuai.


15.8.10

Percikan bunga api


Mohsein, di bulan Ramadhan suaranya merdu melagukan Al Qur'an. Tapi aku rasa, suaranya lebih merdu ketika dia memuji aku comel. Lagi merdu suaranya ketika memuji rambut aku yang cantik dan panjang terbuai ditiup angin.

Aku budak perempuan naif; kadang membiarkan Mohsien menocang rambut panjangku; yang melepasi bahu. Suatu pagi, ayah Mohsien ternampak akan perbuatannya. Dan keesokan hari, aku lihat kedua belah telapak tangan Mohsien ada jalur-jalur kemerahan.

Aku tanya kenapa dengan tapak tangan yang berjalur kemerahan. Dia tanpa memandang wajahku; memberitau yang tangannya terkena bunga api dan aku hanya mengangguk macam seorang budak yang benar-benar naif. Sejak itu, Mohsien tidak lagi menocang rambutku. Dan, tidak lagi mahu bermain bunga api denganku. Dan situasi itu, tidak pernah berubah sehingga tiba suatu hari.

Sungguh kejam dia!
Kenapa bukan aku; sedangkan dia boleh bermain-main dengan Azimah dan Jamilah.

Kami putus kawan!

Mohsien kembali menegurku ketika umurku mencecah 35 tahun. Dia ketika itu berusia 38 tahun, sudah beristeri dan bapa kepada dua cahayamata

Di majlis pernikahanku!

25.2.10

Kau, aku dan bicara kita tentang yuki


"Imaginasi aku tentang yuki sangat indah" Aku memberitahu Ayako

"Apa yang indah?Banyak mengundang resah gelisah. Kedinginan lagi menyusahkan" Balas Ayako perlahan

"Kau mula mengagung dan melangit puji pada lembab yuki.." Dia menyambung.

"Pada aku, biarlah jarang dan kadang-kadang.." Dia tersenyum

"Kau akan faham, bila ianya tiada lagi."Aku kata

"Ah! bertimbun menyesakkan lorong sempit kota ini." Ayako enggan mengalah.

"Jadilah insan yang bersyukur. Kalau kau percaya adanya Tuhan, pasti tak sia-sia semua pemberian-Nya" Kata-kata itu sebenarnya kulemparkan kepada diri sendiri.

Kami sama-sama diam.

18.2.10

Tiada Alasan.


Aku bersuara perlahan. Dengan wajah yang tenang, tanpa menoleh ke arahnya. Aku, esok setelah pulang ke negaraku tentunya aku tidak akan sesekali melupakan keindahan warna musim panas di sini.

“Bukankah di negaramu juga sentiasa panas?”

“Benar. Tapi musim panas ini paling istimewa,” kataku.

‘Istimewa..!’ Aku mengangguk perlahan-lahan.

Di pinggir taman, sepasang remaja berjalan bergandingan tangan. Si gadis tersenyum ketika melintasi tempat duduk kami.

Mereka sekali lagi menoleh ke arahku.

"Musim panas di negaraku, tiada kamu Ayako!"

Dia mengangguk. Tiada alasan

5.2.10

Dia tahu roda yang berpusing ke belakang, bermakna kereta akan terbabas.


Dia buat-buat tidak faham bila Mohsein kata dia semakin comel. Pura-pura suci, lurus dan polos. Suara Mohsein merdu macam qari di tivi bila baca kalimah Tuhan. Dan Mohsein selalu bantu ayahnya mengajar mengaji Qur'an.

Setiap kali dia pergi mengaji rumah Ustaz Haji Ismail, dia rasa macam nak khatam satu Qur'an kalau Mohsein yang membetulkan bacaannya.

Woohaa!

PS: Catatan budak perempuan sebelas tahun yang belum faham konsep 'keikhlasan' :)

27.1.10

Kawan Merah


Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi.


Dia angguk walaupun tidak faham.


Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki.

Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi.


Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban.


Dia tahu kenapa

Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu.

Entah datang dari planet-planet mana.


Dia benci!

Sunguh-sunguh!


‘Kawan merah’ yang datang setiap purnama itu menyebabkan Mohsein dan Azmi cop dia sombong. Dia lagi-lagi sakit hati bila dapat tahu, Mohsien rapat dengan Milah sepupunya.


Dia sebenarnya lagi benci dengan dua ketul daging yang sedang membesar di atas dada.

Dan dia mengesyaki ada dua alien sedang membesar di dalam dadanya.


Suatu hari abah pulang kerja. Abah belikan dia buku yang bertajuk “Asas-asas Fardu ‘Ain”.

Dia baca dan dia mula memahami!

Dia terenyum dan tidak lagi memarahi ‘kawan merah’nya.