
Aku budak perempuan naif; kadang membiarkan Mohsien menocang rambut panjangku; yang melepasi bahu. Suatu pagi, ayah Mohsien ternampak akan perbuatannya. Dan keesokan hari, aku lihat kedua belah telapak tangan Mohsien ada jalur-jalur kemerahan.
Aku tanya kenapa dengan tapak tangan yang berjalur kemerahan. Dia tanpa memandang wajahku; memberitau yang tangannya terkena bunga api dan aku hanya mengangguk macam seorang budak yang benar-benar naif. Sejak itu, Mohsien tidak lagi menocang rambutku. Dan, tidak lagi mahu bermain bunga api denganku. Dan situasi itu, tidak pernah berubah sehingga tiba suatu hari.
Sungguh kejam dia! Kenapa bukan aku; sedangkan dia boleh bermain-main dengan Azimah dan Jamilah.
Kami putus kawan!
Mohsien kembali menegurku ketika umurku mencecah 35 tahun. Dia ketika itu berusia 38 tahun, sudah beristeri dan bapa kepada dua cahayamata
Di majlis pernikahanku!

