2.5.10

Surat terbuka untuk Hiroshi(untuk kalian juga)




Kehadapan Hiroshi,

Seminggu aku tercampak di perkampungan orang Asli. Di kelilingi anjing-anjing liar. Di sini bukan Tokyo atau Osaka, di mana kau bisa temui anjing-anjing comel yang dihias cantik dan diletakkan di atas kereta sorong bayi. Selama seminggu kucuba menguasai hari-hari baru.

Sukar sekali memulakan sesuatu yang baharu di angka usia begini. Akhirnya, aku ditukarkan ke daerah yang lebih dekat dengan kediaman. Tapi tetap tersorok jauh ke dalam tanpa pengangkutan awam yang sempurna.

Ya
Esok. Hari Isnin.
Timbunan fail siap menanti aku di meja kantor.
Kecuali menyiapkan novelku, aku tidak boleh selalu-selalu lagi menulis begini untukmu.


2 ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

aku juga pernah tercampak ke sebuah bilik kecil di rokkomichi.

dalam sejuk kota kobe
saat sakura mula berputik
mencari cinta

yang akhirnya gugur juga
bila musim luruh tiba.

makissa berkata...

yer kak
adik juga seperti mu
terselit di celah-celah surat
lemas ditimbun sampul pelbagai saiz
tiada kata terucap
hanya ketak ketuk papan kedengaran.