Hujan sepanjang hari
Hujan pagi
Kirimkan aku cinta
cinta lama
larut di bawah sepatu baru
Hujan tengah hari
hulurkan rindu
yang tertinggal sebentar tadi
di tengah aspal basah
Hujan petang
carikan aku jalan pulang
sesat sebentar dalam rintikmu
dingin, pinjamkan aku kehangatan
matahari esok pagi
Hujan malam
jika kau datang
pimpin jejariku yang basah
kerana terlalu kerap
mengesat airmata
1.59 pm
3 ulasan:
hujan : benci tapi rindu
DJK
"senyum"
bagus tulisan kamu cik ellie....:)
Catat Ulasan