9.4.10

Di bawah pohon sakura


Hiroshi bingkas bangun. Mengeluarkan sekotak Mild 7 dan pemetik api.

Aku bertanya penuh rasa ingin tahu. "Mengapa merokok? Bukankah kau selalu berfikiran positif. Hanya memilih yang terbaik sahaja dalam hidupmu?"

"Aku memilih yang terbaiklah ni...merokok lebih baik dari jatuh cinta dengan pasangan orang lain." Ujar Hiroshi serius.

Dan aku terkesima.

Perlahan aku melangkah pergi meninggalkan dia. Mungkin buat selamanya.

4 ulasan:

puding roti berkata...

KAKAK. kakak ni sj tau bt sy rs nk pegi jepun hr ni jgk :)

puding roti berkata...

kakak, bt la novel, nnti sy beli n ugut suruh kwn2 sy beli jg. tak puas la bc kt komputer. nk bc smbl baring

Si Aizuddin berkata...

Kak puding, behave plis. Sila jangan tamak oke.

Saya Bangkang! Merokok bukanlah pilihan yang terbaik. Ada yang lebih baik seperti makan chewing gum misalnya.

Ellie berkata...

Adik puding,

Novel yang satu ini pun masih terkial-kial.

Siapa mau publish fiksi Hiroshi ini entahlah..bacalah di blog dulu.

Percuma :)

aizudin,
Kak sokong bangkangan aizudin. Si Hiroshi, boleh kunyah ayam kepsi; lagi enak dari jatuh cinta sama pasangan orang lain kan? hehe..