31.1.10

Deklarasi cinta harus dikemas kini sayang!


Tajam dingin hujanmu
terlanjur aku mencintai
payung terbuka bergoyang-goyang di tanganku
titisan air dari pinggir-pinggirnya
aspal basah di bawah sepatu
mataku berair kaca-kacanya
dua tiga patah bicara memesongkan
keras dinginmu
sembilu hujanmu

mimpiku menjadi basah

dan punah

30.1.10

Kehidupan tidak akan berpusing ke belakang untuk kita sayang!


Kehadapan kekasih


Semalam ulangtahun kelahiran kamu


Maaf, aku terlupa

kerana sibuk membebel

tentang pakaian kotor

yang kau sepah di sini sana


Maaf!

Selamat hari jadi kekasih


Maaf!

Aku tidak betah mengadun sebiji kek coklat

kerana engkau pun

tidak pernah hulurkan aku

sejambak mawar

tidak pernah kau ingat pun

tarikh ulangtahun kelahiranku

atau ulangtahun perkahwinan kita


Tapi

kita masih sayang-menyayangi kan?


Wooooohaaaaa!


PS: I LOVE U


(Entah ke mana pergi ‘tiga perkataan’magis itu)

Barangkali ia sudah terjun dari tingkat empat

Flet murah kita (hakmilik kerajaan)

29.1.10

Setiap hari dia bereksperimen untuk menjadi seekor lebah


Tarikh : Tiga puluh tiga tahun lalu (dia sudah ingat-ingat lupa)

Lokasi : Darjah 1 M, SKHKJ


Suatu hari, mereka sekelas belajar tentang serangga.

Cikgu Shahrul tunjuk gambar semut

Gambar pepatung

Gambar lebah

Gambar belalang

.

.

.etc....etc.

* * *

Sampai sekarang, dia kepingin jadi seekor lebah

Boleh menyengat

.

,

Lagi penting!

Dia boleh mengembara tanpa paspot dan visa

Tanpa tiket dan duit

Tanpa MAS dan Air Asia!



Wooohaaaaaaa!


Dia cuma mahu sentuh kelopak tulip

28.1.10

Kami yakin kami tetap comel


Poppy kata dia berdoa setiap hari.

Dia kepingin jadi bidadari

Cantik

Ayu

Lembut

Sopan

Penyayang

.

.

Poppy berdoa setiap pagi

Dia kepingin transform jadi bidadari.

Bermata hazel

Rambut lurus panjang berkilat kehitaman

Kulit gebu rona cream

Bibir macam Angelina Jolie

Badan potongan 34-24-34

.

.

Semalam Poppy beritahu aku.

Dia cuma tak mahukan kepak itu

Aku kata nak jadi bidadari, kenalah ada kepak

Poppy kata kalau ada kepak, dia akan terjun dari tingkat 14.

Sambil mulutnya tak henti mengunyah burger MecD

Depan ada kepingan pizza menanti.

Tangan kanannya kemudian menyuap kentang putar

Kemudian rasa ais krim perisa vanilla di atasnya terhias stroberi.

.

.

Aku diam.

Mataku tertancap pada gumpalan-gumpalan lemak yang melekat pada tubuh kami.

Tubuh aku dan Poppy.



PS: Oh! Aku lupa beritahu. Ketika itu, umur kami baru mencecah pra dewasa. Dan ibu-ibu kami sangat gemar memasak. Abah pula, suka belikan coklat.

27.1.10

Jika musim bunga enggan datang


Kekasih

Jika daffodil tidak datang kepada kita

Ayuh kita jejak kembali

Musim bunga


~Jika musim bunga tidak datang, kita harus pergi mencarinya~

(Tajima Shinji)

Kawan Merah


Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi.


Dia angguk walaupun tidak faham.


Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki.

Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi.


Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban.


Dia tahu kenapa

Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu.

Entah datang dari planet-planet mana.


Dia benci!

Sunguh-sunguh!


‘Kawan merah’ yang datang setiap purnama itu menyebabkan Mohsein dan Azmi cop dia sombong. Dia lagi-lagi sakit hati bila dapat tahu, Mohsien rapat dengan Milah sepupunya.


Dia sebenarnya lagi benci dengan dua ketul daging yang sedang membesar di atas dada.

Dan dia mengesyaki ada dua alien sedang membesar di dalam dadanya.


Suatu hari abah pulang kerja. Abah belikan dia buku yang bertajuk “Asas-asas Fardu ‘Ain”.

Dia baca dan dia mula memahami!

Dia terenyum dan tidak lagi memarahi ‘kawan merah’nya.

25.1.10

Jake 2


Oh Tuhan!

Aku sedang jatuh cinta dengan sebuah mesin.
Biar aku namakan dia Jake.
.
.
.
.
Perlahan-lahan aku juga sedang bertranformasi menjadi dia. Secara literal!
Sebuah mesin tanpa hati dan perasaan.

Jika kalian anggap jatuh cinta itu perasaan, itu salah.

"Ia sekadar satu kebodohan!...," Jake si mesin memberitahuku.

Jake


Aku sedang berbaring dan memeluk seorang (mungkin 'sebuah') robot. Aku namakan dia Jake. Sempena nama salah seekor kucing kami yang mati dilenyek kenderaan jiran dua tahun lalu.
.
.
.
Dan aku tercari-cari sesuatu yang tidak pernah ada pada sebuah mesin seperti Jake.

Sekeping hati yang memahami!

"Sampai mati pun kau tak akan bertemu....,"Seakan aku mendengar Jake berbisik di dalam mimpiku.

Aku terjaga!
Tiba-tiba aku merasa kaget.

24.1.10

"Choice" dia kata


Khayalan adalah pelantar sementara untuk aku singgah. Sebelum aku berjaya memeluk dunia atau bermukim di mana-mana planet pilihan dan apakah aku ada sedikit pilihan.

Pilih stroberi yang masam-masam manis atau gula-gula kapas yang cantik.

Aku pilih marshmallow yang menawan!

22.1.10

Cacing-cacing amarah


Benar!
Cacing-cacing amarah sedang mengorek-ngorek hati aku.

Aku benci kerana tidak tahu menyayangi orang yang aku sayang
Dan engkau pun sama!

Kepekatan asid motivasi di tahap zero


Hari ini pabila bangun pagi dia terasa mau padam semua blog dan rangkaian-rangkaian sosial yang dimilki.

Senarai pertama yang berada di dalam kotak kepalanya yang berdenyut macam dikorek cacing makhluk asing adalah blog yang mula-mula ditulis.

Eheh!

Selamat pagi comel



.....dan Ellie akan tidur sambil mimpikan kamu.

*senyum dalam kesakitan*

20.1.10

Hari ke dua puluh yang sakit


Amat sakit. Amat sulit untuk berlari.
Oh...aku belum mahu pergi
Tolong jangan mati wahai semangat juang!

Tolong bertahan wahai diri!

Ada banyak lagi yang mahu aku catatkan dan berkongsi.

19.1.10

Selamat pagi sisi gelap Kuala Lumpur


Aku terlalu muda untuk seorang penjaja. Namun terlalu hebat untuk seorang pelacur malam ini. Kini bukan nafas kota yang memburu, deru nafas kita lebih punya makna. Malam tanpa harga, Malam gratis dengan layanan mewah. Aku, perawan kecil ini masih baru dan kehausan. Barang bagus. Entah mengapa, aku yang dipilih untuk dijadikan tikus pemuas makmal nafsu mana-mana lelaki seperti dia? Dia meraih tubuh kecilku dengan paksa dan rakus. Dia akan membawa aku pulang. Bukan untuk dimahkotakan sebagai ratu.

18.1.10

Hujan dan salji


Dia memandangku. Kemudian merenung di tepi tingkap,melihat hujan yang meruntun jatuh dari langit. Lagu Lisa Loeb dari kotak Itunes mengiringi suasana suram di hati kami yang terpenjara. Terkurung oleh realiti yang hakiki. Terpasung oleh satu hakikat yang datang. Muda takkan datang menjengah kembali.

Aku akui dia seorang yang benak dan tidak faham. Dia yang aku nikahi bukan penulis puitis. Dia cuma bekas seorang penjawat awam berpangkat kuli. Macam mesin. Macam robot. Disuruh angkat najis mugallazah oleh pegawai-pegawai besar yang makan gaji buta pun , nescahaya dia akan angkat. Maka, tidak seharusnya aku menyalahkan dia kerana buta puisi dan sastera. Jadi aku patut salahkan sistem pendidikan yang memisahkan di antara yang mekanikal dan yang halus.

Hujan terus turun. Tidurlah! Semoga malam ini ada mimpi yang indah-indah menjengah kami. Aku enggan mencelikkan mata menghadapi realiti yang sakit ini.


Aku mahu menggantikan hujan dengan salji. Apakah ia berbeza? Hakikatnya, keduanya adalah molekul-molekul H2O.


Titik!

17.1.10

Masih sayang kan?


Kami duduk di tepi tasik yang biru airnya. Saling membelakangi tubuh masing-masing. Tiba-tiba dia bersuara.

"Bacakan sebuah puisi"

Dan aku pun membaca. Puisi yang sudah lama aku tulis dan hafal. Spontan!

Kau perlukan seorang lagi pengantin
atau
kita berdua sama-sama perlukan baju pengantin(baru)

Dia diam. Sedang mempertimbangakan cadanganku, mungkin!

Kami bangun dan meneruskan perjalanan.

"Hari masih panjang kan sayang?" Dia kata.

Dan aku menggangguk sambil menggenggam erat tangannya.

16.1.10

Eskapisme bermula 2


Selamat berziarah wahai malam minggu yang membosankan. Aku sedang cuba meyerikan wajahmu.

Percayalah!

Eskapisme bermula


Pijar. Menyiat kulit. Dari zink rumah Mohsien, pandangan mataku tersilau. Kekosongan bertapak. Kelompangan berhablur. Dunia ini tiada penghuni, kecuali aku dan dia. Aku lena di atas lengannya; dibuai mimpi-mimpi daun marple jatuh berguguran.

Ah! Betapa..

15.1.10

Catatan tiga


Tiga kali sehari
untuk seperempat Levodova Benserazide
campur dua biji Baclofen
campur sebiji Diazepam
campur segala mak nenek vitamin

Dan
aku tadahkan tangan di luar dan di dalam lima waktu
mohon agar tangan dan jari
leher dan kepala imun dari bisa kesakitan

agar usia dipanjatkan selama mungkin
supaya jejariku tidak kaku
ketika mencatat

semoga ada cacatan untuk esok
dan hari-hari seterusnya

semoga!

*menulis dalam situasi separa khayal*

Catatan dua


Pagi ini kesunyian menghambat diri.

Kejam!

Dia mahu aku terus berlari

Catatan satu



Namaku Ellie. Aku berlari pantas dan terbang ke langit. Tapi kerana pengalaman yang terhimpun selama empat puluh tahun, aku cukup mengerti.

Tiada jalan pintas ke syurga.

*senyum*