18.1.10

Hujan dan salji


Dia memandangku. Kemudian merenung di tepi tingkap,melihat hujan yang meruntun jatuh dari langit. Lagu Lisa Loeb dari kotak Itunes mengiringi suasana suram di hati kami yang terpenjara. Terkurung oleh realiti yang hakiki. Terpasung oleh satu hakikat yang datang. Muda takkan datang menjengah kembali.

Aku akui dia seorang yang benak dan tidak faham. Dia yang aku nikahi bukan penulis puitis. Dia cuma bekas seorang penjawat awam berpangkat kuli. Macam mesin. Macam robot. Disuruh angkat najis mugallazah oleh pegawai-pegawai besar yang makan gaji buta pun , nescahaya dia akan angkat. Maka, tidak seharusnya aku menyalahkan dia kerana buta puisi dan sastera. Jadi aku patut salahkan sistem pendidikan yang memisahkan di antara yang mekanikal dan yang halus.

Hujan terus turun. Tidurlah! Semoga malam ini ada mimpi yang indah-indah menjengah kami. Aku enggan mencelikkan mata menghadapi realiti yang sakit ini.


Aku mahu menggantikan hujan dengan salji. Apakah ia berbeza? Hakikatnya, keduanya adalah molekul-molekul H2O.


Titik!

Tiada ulasan: