Mohsein, di bulan Ramadhan suaranya merdu melagukan Al Qur'an. Tapi aku rasa, suaranya lebih merdu ketika dia memuji aku comel. Lagi merdu suaranya ketika memuji rambut aku yang cantik dan panjang terbuai ditiup angin.
Aku budak perempuan naif; kadang membiarkan Mohsien menocang rambut panjangku; yang melepasi bahu. Suatu pagi, ayah Mohsien ternampak akan perbuatannya. Dan keesokan hari, aku lihat kedua belah telapak tangan Mohsien ada jalur-jalur kemerahan.
Aku tanya kenapa dengan tapak tangan yang berjalur kemerahan. Dia tanpa memandang wajahku; memberitau yang tangannya terkena bunga api dan aku hanya mengangguk macam seorang budak yang benar-benar naif. Sejak itu, Mohsien tidak lagi menocang rambutku. Dan, tidak lagi mahu bermain bunga api denganku. Dan situasi itu, tidak pernah berubah sehingga tiba suatu hari.
Sungguh kejam dia! Kenapa bukan aku; sedangkan dia boleh bermain-main dengan Azimah dan Jamilah.
Kami putus kawan!
Mohsien kembali menegurku ketika umurku mencecah 35 tahun. Dia ketika itu berusia 38 tahun, sudah beristeri dan bapa kepada dua cahayamata
Di majlis pernikahanku!

4 ulasan:
kah kah kah
nolstalgik
aku juga bagitu
pernah berpondok pondok dengan seorang gadis
yang akhirnya kahwin seawal usia 15 tahun
selepas kami berusia 8 tahun - sampai sekarang tidak lagi bertegur
entah apa dosa
entah apa khilaf
dia sudah beranak dua
sedangkan aku dengan cinta selalu bermalapetaka
yang tinggal hanya ketawa
kah kah kah
semua rs ada. bercampur2 :)
~tiba2 rs nk main mekap2 dgn pensel tulis yg tumpul
DJK,
Kita kadang berkongsi kenangan yang sama tapi tak serupa :)
Adik Puding,
Sekarang akak melihat Mohsein biasa2 saja.
.
.
.
Barangkali hati sudah hilang. :)
Salam..
Nostalgia yg simple tapi mendalam maksud lalu menyentuh hati, menarik bahasanya.
Namun begitu
Hati tidak pernah hilang
Walau cuba dibunuh beberapa kali
Hati tetap ada cinta
Cinta yang selalu segar dan mekar
Bila hati diselaputi kasih Illahi.
Permisi.
Catat Ulasan