18.12.10

Tandus

Hujan jangan hentikan gugur
pinjamkan aku sedikit kedinginan
biar malam terus dibasahi
titis-titis rindu

Esok, kala mentari melukis wajah pagi
moga aku masih sang bidadari
terus berlari, mengepak sayap
terbang kembali.

8.12.10

Separuh koma

Separuh koma. Ilham tidak datang mencurah macam hujan turun dari langit lagi.

Dan pilu meninggalkan engkau!


Cerita lain.

Nota kepada perempuan misteri berambut panjang.

Ya, aku tahulah aku pendatang dan ini tempat engkau! Tapi aku juga ada hak berada di sini.

Memang kau dan asal keturunan engkau tamak dan dengki. Maka Tuhan haramkan sorga untuk engkau.

P.S. Jangan ganggu, aku sedang siapkan kerja pejabat di rumah.

6.11.10

Dia


Dia sangat gemar mendongak ke atas. Melihat langit. Kadang cerah, kadang malap. Dahulu, ketika kecil pertama kali diberitakan ada sorga; dia sangka sorga ada di atas sana.

Kini, dia tahu.
Sorga ada di dalam hati
Neraka pun sama

Ok! Ini metafora!

Sorga dan Neraka cuma ada dalam pengetahuanNya.
Dia takut dilebel sesat.
Dia takut masuk neraka!

26.10.10

Sunyi luruhlah engkau!


Jam tujuh malam. Lampu-lampu jalanan menyala.
Namun, malam tetap pekat mencorak warna hitamnya.

Sangat sunyi!

Mungkin ketika-ketika yang baik untuk berdoa
Waktu-waktu yang wajar untuk memulakan kembali
Karangan-karangan yang terbengkalai

Sangat sunyi!
Tiada suara kecuali deru kipas siling berputaran
Lengkingan anjing liar yang menyeramkan

Tadi aku beranikan diri, memanjat bukit di belakang rumah.
Rupanya ada kolam kecil dan telaga
Bunga telipok masih mekar di atas permukaan air

Malam ini, resah sunyi terus menghambat diri
Walau ku cuba lepaskan diri dan
menyeru rayu agar ia segera pergi

Sunyi, segeralah luruh!

22.10.10

Yukata berwarna teluki

Dilipat, digantung dan dijaga rapi.
Umpama menjaga nyawa dan maruah diri.
Dalam lugas, hati suram dan sunyi.
Kasih yang enggan bersatu lagi
Ceritera yang sekadar termuat dalam fiksi

Sayonara!


ps:Amal . Terima kasih untuk yukata berwarna merah garang. Aneh sekali apabila kucuba mengenakannya. Mungkin kerana kulit bangsa kita - Melayu

23.8.10

Lari topik 2


Dan aku rasa mahu saman Idris Jala yang menwar-warkan bakal ke'muflis'an Kerajaan Malaya.
Termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia kerana doktor hospital kerajaan telah mengurangkan stok dan dos Diazepam aku.
.
.
.

Aku sakit dan tidak dapat mencerna ilham untuk menulis tanpa Diazepam


Kau apa tahu tentang keperluan aku, wahai bijak pandai penasihat menteri-menteri?

Ketika SeruanNya

Terus berbicara kita
tentang pointer dan gred
Tawa dan bersenda
bicara

Terus leka kita
tentang pointer berlapar
untuk hari ini
Gred tugasan petang ini

Terus berbicara kita
leka bersenda
tanpa peeduli
mendengar dalam tuli

~Dewan Raja Muda Musa~
Shah Alam
17.8.2010

15.8.10

Percikan bunga api


Mohsein, di bulan Ramadhan suaranya merdu melagukan Al Qur'an. Tapi aku rasa, suaranya lebih merdu ketika dia memuji aku comel. Lagi merdu suaranya ketika memuji rambut aku yang cantik dan panjang terbuai ditiup angin.

Aku budak perempuan naif; kadang membiarkan Mohsien menocang rambut panjangku; yang melepasi bahu. Suatu pagi, ayah Mohsien ternampak akan perbuatannya. Dan keesokan hari, aku lihat kedua belah telapak tangan Mohsien ada jalur-jalur kemerahan.

Aku tanya kenapa dengan tapak tangan yang berjalur kemerahan. Dia tanpa memandang wajahku; memberitau yang tangannya terkena bunga api dan aku hanya mengangguk macam seorang budak yang benar-benar naif. Sejak itu, Mohsien tidak lagi menocang rambutku. Dan, tidak lagi mahu bermain bunga api denganku. Dan situasi itu, tidak pernah berubah sehingga tiba suatu hari.

Sungguh kejam dia!
Kenapa bukan aku; sedangkan dia boleh bermain-main dengan Azimah dan Jamilah.

Kami putus kawan!

Mohsien kembali menegurku ketika umurku mencecah 35 tahun. Dia ketika itu berusia 38 tahun, sudah beristeri dan bapa kepada dua cahayamata

Di majlis pernikahanku!

10.8.10

Lari topik


Majoriti halaman teman-teman blogger yang aku kunjungi bercerita tentang kedatangan bulan seribu rahmat, Ramadhan.


Aku, seperti Ella. Asyik terkenangkan anak kunci di tangan. Bukan satu, dua atau tiga. Bahkan bergugus anak kunci yang berada dalam simpanan sekarang. Sampai putus selera makan.

Dem!
Fiksi yang aku reka-reka rupanya menjadi nyata. Atau aku sudah dapat menjangka apa yang bakal ku lalui berdasarkan fakta mahupun fiksi.

Bagaimanapun, selamat berpuasa kepada teman-teman yang membaca

Emak berpesan seperti selalu-selalu. Berhati-hati dengan anak-anak kunci. Ia membuka pintu-pintu rahsia untuk menjerumuskan kita kepada dua lorong; samada pahala atau dosa.

29.7.10

Cinta


Sudah legam rupanya di celah puntungan
kayu-kayu kering berselerakan
menanti jadi debu ditiup bayu
membaja lalu berputik benih baru

kau tahu
aku tahu
setiap hari
kita tak pernah berhenti
berlari
mengejar dan mendodoi
mimpi

25.7.10

Jika kau datang malam ini





Aku sediakan kamu secangkir kopi panas
dan selimut paling tebal
kerana hujan sedang menajamkan belati rintiknya
dan cuba mencantas simpulan kasih kita.

Tanpa Tajuk

Aku bersendirian. Ada tangan jahat cuba menolak aku masuk ke dalam rumah itu. Rumah yang dipenuhi iblis-iblis jantan betina, kadang sesama jantina melakukan kerja celaka. Berzina dan merakam kerja zina untuk tontonan.

Tangan jahat: Masuklah, tengok, tiada orang nampak. Tiada orang tahu.
Diri aku yang baik melawan : Tuhan nampak, malaikat nampak!
Tangan jahat : Nanti kau solat, kau minta ampun. Ini pun ilmu juga tau( Dia tersenyum)
Diri aku yang baik: Tidak, aku takut dosa, nanti malu dengan Tuhan.

Episod pujuk memujuk berakhir dengan kekalahannya.

Sekarang, tika ini dia berada di penjuru laptopku
Menangis teresak-esak
Meratapi kekalahanya.

Tika aku klik, Al Qur'an Explorer, tangan jahat melolong-lolong berlari keluar dari rumahku.
Wajahnya legam terbakar.

Dia menjerit nyaring "Aku takkan berputus asa!"

Ah! Terhakis


Entah kenapa
tiada upaya menghasilkan apa-apa
barangkali benar
kerja meminitkan surat-surat
dan mengira itu ini
menjadikan kalam indah rentung
runtuh, tenggelam dan hilang
di celahan timbunan fail
tersepit di celahan mesin-mesin fotokopi
tersorok di sebalik askara-askara papan kekunci

PS: Ninnie, maafkan aku. Barangkali aku sudah hampir kalah dalam 'menghidupkan' watakmu. Gagal menyambung cerita cintamu.

Kisah cinta kita
Dalam fiksi!

19.7.10

Selamat kembali kak D

Catatan dia berakahir di sini. Dan aku tak pernah bertemunya walau sekali pun. Sesekali aku ada sms dia bertanyakan khabar. Kadang dia sms aku, bertanyakan khabar aku dan Muha.

Bila ku tahu dia sudah 'pergi' ada kekesalan di hati kerana aku rasa aku lebih mementingkan diri.

Selamat pulang rakan/kakak yang tidak pernah ku temui.

Kak, aku juga takut ini catatan terakhirku.

Al- Fatihah

18.7.10

Tika hujan


Hujan turun
langit bertranfomasi
alangkah indah jika
ada kamu
di sisi

Maaf, mutakir ini
aku tutup semua
pintu-pintu mimpi
yang menghubungi kita
aku bimbang
ada bara api
sedang membaham kita

24.6.10

Dia dan antara ribuan kisah-kisah cinta


Ini sebuah kisah cinta tidak berkepentingan.

Dia dinikahi oleh lelaki berusia kerana faktor kemiskinan. Konon mengelak diculik dan menjadi gundik Jepun di zaman perang. Zaman itu, maruah seeorang perempuan adalah emas. Lalu, dia menghabiskan zaman mudanya dengan menggauli lelaki tua sebaya bapa dan menjaga tujuh anak-anak tiri sebaya diri. Malah anak tiri paling sulong, lebih tua darinya dan panjang akal.

Dia, terus mencintai suami tuanya tanpa sebarang kepentingan. Lurus dan tulus. Saat suami tuanya yang kaya itu tenat, anak tiri yang panjang akal itu menghantar dia pulang ke pangkuan keluarga. Konon, mereka mampu menjaga si ayah yang tenat. Akibatnya, dia tidak dapat menuntut apa-apa habuan dunia sekali pun.

Dia yang polos, lurus dan tulus.
Kisah yang sama berulang hingga si suami ke empat. Akhirnya dia, menumpang teduh bersama kami yang juga miskin di waktu itu. Menumpang ehsan abah(allahyarham); hanya seorang ipar yang juga kais pagi makan pagi.

Dan, abah mengambil ikhtibar dari kisahnya. Menolak semua pinangan lelaki-lelaki tua berkepentingan yang mahu menikahi saya.

Syukur, abah saya seorang lelaki yang panjang akal. Dan, saya bukan perempuan polos, lurus dan tulus.

Dia, masih lagi perempuan yang polos, tulus dan lurus. Tinggal di rumah kecil bersebelahan rumah emak yang juga kecil kerana bertambahnya ahli keluarga.

Dia, masih lagi perempuan yang polos,tulus dan lurus. Sedang menghabiskan sisa usia, tanpa zuriat dan harta dunia.

Melihat rentetan hidupnya, saya terkenang masa depan saya yang mungkin lebih kurang serupa. Tanpa zuriat.

Namun, saya bukan perempuan polos, tulus dan lurus sepertinya.

Tiba-tiba aku terasa 'kehilangan'


Kadang timbul rasa sesal, memilih untuk kembali berkerja dalam usia begini. Tapi aku terpaksa, lantaran desakan kewangan yang menghimpit-himpit, Jika hendak diharapkan duit hasil kerja-kerja menulis, faham-faham sahajalah. Malas cerita panjang-panjang, Lainlah, kalau novel kau meletup macam Vovin.

Buku puisi hari itu pun, masih bersepah di dalam almari tidak terjual.

Tidak menulis, membuatkan aku rasa 'hilang'.

Jadi aku, menulis di blog sahaja.

23.6.10

Suara-suara berhentilah bicara kerana aku mahu lena


Tiada suara yang menghentak gegendang telinga.
Selain suara-suara hati sendiri
yang mahu aku menangis
yang menyuruh aku terus tabah
yang menyuruh aku membakar dunia
yang menyuarakan dendam kesumat
yang berbisik agar aku berhenti mencatat
yang berteriak agar ku suarakan apa berselirat

Ah!
Kacau sekali. Alangkah bagus, jika kau ada di sisi ketika ini. Aku hanya akan mendengar bisik suaramu. Berbicara yang positif dan muluk-muluk untukku.

Hiroshi, di mana engkau?

Kesunyian


Malam ini kau mampir
dalam wajah

paling ngeri

Untuk
aku mengerti

bagaimana di sana

tanpa
pahala
amal
jariah

Mungkin sekadar mengerti

kemudian ku lupa kembali
wajah ngerimu

terus leka berdansa

mendakap tubuh dunia


8.24am
Labuhan Dagang

22.6.10

Entri re-re-recycle

Awaji station Pictures, Images and Photos

Menghadam entri djk di sini, membuatkan aku kembali merindui Osaka. Dalam proses melupuskan kesedihan, aku pindahkan semula sajak ini ke mari. Seratus-peratus kebarangkalian, aku kira sajak ini pun sudah masuk recycle bin editor media perdana.


/1/
keretapi laju pantas meluncur di antara bukit-bukit hitam
dan rimba batu Osaka tidak pernah kelam
dingin angin menujah melewati jendela
malam itu.

/2/
harapan tertayang ke perasaan
dalam lena tak tidur
engkau di sisi
dan kita berbicara seolah sudah berabad mengenali
kadang dalam diam
wajah hatimu, cuba kuceroboh pandang
sebelum keretapi berlabuh di destinasi.

/3/
Kelopak-kelopak rindu belum terlerai
di gerabak yang berlari
mengheret manis kenangan yang masih tersisa
cenderahati pemberianmu masih tersimpan
tanda pertemuan dengan ukhwah persaudaraan

/4/
sebelum tiba di stesen destinasi
keretapi meneriakkan siren berulang kali
terhimpun pilu, juga persoalan di keliling hati
meninggalkan engkau yang sehari ku kenali
mungkin takkan ketemu lagi.

1.31am
3 September 2009

20.6.10

Gah

1.

Gah!
Pelbagai mercu tanda berdiri gagah
mata si marhein tersilau menyorot kerdip lampu
dalam hati galau, berdendang pilu
Oh!

2.

Aku duduk-duduk
memerhati salah satu tiang lampu
harganya barangkali
menjangkau sepurnama gajiku.

Putrajaya
Jun 19,2010

17.6.10

Sedang melupuskan kesedihan





Menanti hujan teduh dan menunggu kesedihan lupus
Namun kesedihan umpama hujan
datang tanpa diduga
bila tiba musimnya

Coco, engkau sudah aman bersemadi di perut bumi
Selamat kembali ke syurga!

Terima kasih, untuk dua musim ini. Mencipta ceria untuk kami berdua.

Coco (2008 -2010)

12.6.10

Nak hidup!

Apa ke jadah hari aku nak bercuti disuruh ke ofis. Katanya ada kontraktor sampai. Kata Wak, kontraktor RM2,gitulah perangainya. Alang-alang sudah di ofis, aku tulis blog. Dasar kontrstor cap ayam, hari orang bercuti barulah terhegeh-hegah nak datang.

Nak mengumpat lebih-lebih pun bangsa aku juga

Alahai!

8.6.10

Perempuan yang bernama Ella


Ella masih belum pulang dari pejabat. Di hadapannya, ada sebuah komputer usang dan sambungan internetnya macam haram. Di kiri kanan ada longgokan fail yang minta diminitkan. Masa kerjanya, sudah tamat.

Di dalam beg tangan ada bergugus anak kunci. Kunci pejabat, kunci kediaman lama dan kunci rumah yang baru disewa. Dengar khabar, ada lagi pelbagai gugus anak kunci yang bakal menanti.

Ella, seperti selalu-selalu. Cuak dengan gugus-gugus anak kunci dan pintu-pintu baru.

Ella rasa macam mahu bermalam di pejabat. Tapi, dia bimbang terbangun awal pagi dan berada di asrama yang tiada berpenghuni itu.

Tadi, dia diajak pengetua mendekati kawasan asrama. Demi tugas, Ella akur.

Dan.

Ella seperti Ella yang selalu-selalu. Cuak dengan gugus-gugus anak kunci dan pintu-pintu baru!

3.6.10

Sedikit catatan dari hati sunyi

Berkerja di sini, aku sembunyi-sembunyi menelan ubat. Tiada lagi keberanian mengubah perkripsi doktor. Tiada lagi keberanian menelan Diazepam sesuka hati. Jika tidak aku pasti tidur mati atau meracau benda yang bukan-bukan.

Alhamdulillah!

Kesakitan semakin hilang. Kadang rasa kejang tangan masih ada, tetapi agak berkurangan.

Entah apa hikmah Tuhan, letakkan aku di tempat tersorok begini. Barangkali untuk lebih mengingatiNya dan tujuan ketibaan aku ke alam bernama dunia.

Atau mengingati hari-hari kematian yang semakin hampir. Bersendirian di alam yang lagi satu.

Kadang bosan tanpa internet dan Astro. Kadang terjaga ketakutan di malam dingin.
Aku cuba sedayanya membiasakan diri dengan segala situasi dan kemungkinan.

Cuma satu, aku tidak dapat menulis seperti dulu.

Dan kucing berkaki tiga tak bernama ku temui mati kejung, di dalam hujan sesudah dua minggu dia kutinggalkan. Kematiannya, tidak memberi impak kepada sesiapa kecuali aku. Barangkali kematiannya lebih mengembirakan jiran sebelah (di kediaman lama); yang sering menyepak tubuh kerdilnya dengan kaki dan otaknya diletakkan di kepala lututnya.

Kucing berkaki tiga yang tidak diberi nama,
Engkau telah selamat menemui Tuhan dan sedang berbahagia.
Aku entah bagaimana.

30.5.10

Bekerja bersama angka-angka

Hiroshi, barangkali benar bicaramu. Aku bukanlah insan yang sesuai untuk berkerja dengan angka-angka. Aku tidak gemarkan rutin. Aku cepat jemu dan mahu jadi surrealis

Bicara tentang gaji. Gaji adalah angka-angka. dan aku perlukan angka dan not-not itu untuk meneruskan hidup yang semakin tinggi kos saraannya. Apa kau fikir, kita akan bertemu tanpa not-not bercap kepala pembesar itu. Apa kau fikir, kita boleh minum-minum(orcha) bersama tanpa not-not itu?

Bulan ini, dan untuk entah beberapa purnama lagi; gajiku tertunggak kerana beberapa masalah teknikal. Dan aku, aku seperti aku. Perlu membayar itu dan ini.


Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap imbuhan tertunggak yang berbulan lamanya dimasukkan segara ke dalam akaun. Malangnya, tiada.

Saat ini, aku tidak pasti; hendak menangis atau ketawa. Atau menzahirkan keduanya serentak.

Aku tersenyum kembali.
Ya! Harus positif. Seperti katamu, Tuhan akan memberikan jalan keluar.

Hiroshi, kadang aku rasa angka-angka ini bagai monter-monter. Menelan lahap kata-kata indah yang mahu aku tulis untukmu.

26.5.10

Rindu!

Kadang aku rasa bagai disabotaj dek saluran internet di tempat kerja. Di waktu aku kepingin hendak menulis sesuatu di halaman kalian atau halaman sendiri, jam-jam itu jugalah ia segera bertranfomasi macam iklan biskut terkenal itu.

Benci!

Aku masih lagi sendirian. Di rumah kampung tersorok bertemankan suara cengkerik dan kokok ayam. Kadang timbul rasa cuak terutama di waktu menjelang Maghrib. Pernah telekung dan surah Yassin aku hilang.

Sialan punya iblis! Aku pasti amat aku tidak tersalah letak. Keesokan pagi, aku temui di tempat yang sama. Tempat yang selalu-selalu aku letakkan.

Makanya, Maghrib dan 'Isyak itu, aku terpaksa menggunakan kaedah lain untuk bersolat. Cukup sekadar menutup aurat. Dan aku yakin, Tuhan itu Maha Mengetahui.

Aku rindu!
Mengunkap yang indah-indah.
Untuk engkau
Hiroshi

22.5.10

Apabila kembali memilih untuk menjadi kuli


Aku terpaksa mencuri-curi melayari internet dari tempat aku memburuh untuk membaca halaman kalian senyap-senyap. Memburuh( pinjam istilah dari DJK), pada usia begini bukanlah perkara enteng. Apatah lagi, kau dihantar bertugas di tempat jin bertendang. Meredah kedinginan pagi dengan motorsikal pada jam 4.30 am, kadang kau bertemu dengan makhluk yang bukan-bukan. Barangkali, lambaian daun kelapa sawit pun kau tersalah tengok dan menyangka makhluk yang bukan-bukan itu.

Tapi, yang aku temui pada suatu pagi yang gelap itu ialah seorang pakcik tua berjubah putih. Aku cuba bersangka baik.


"Oh! Awalnya pakcik ni pergi surau/masjid"

Aku pura-pura buta. Walhal aku pasti sangat 'pakcik' tu tiada wajah.

Esoknya, baru aku sedar rupanya tiada surau mahu pun masjid di kawasan tersebut.

Aku sudah berpindah. Tidaklah sanggup lagi hendak bertemu dengan 'pakcik' tanpa wajah itu.

Menyewa di sebuah kampung tersorok, bertemankan kokok ayam dan radio sampah teknologi.

Berpisah dengan dia dan kucing tersayang!


Di tempat memburuh pula, saban hari ada sahaja pelajar histeria. Dan setiap hari telinga aku disumbat dengan cerita-cerita ala-ala misteri Nusantara.



Tengahari tadi, di waktu rehat aku duduk-duduk sambil merenung bangunan asrama yang tersergam indah belum lagi berpenghuni. Kalau ada pun penghuninya, mungkin makhluk-makhluk umpama 'pakcik' yang aku nampak di tepi jalan tempohari.


Tempat itulah, aku bakal ditugaskan mengawal selia nanti.

Aduh!


Mengapa berada di kota asing aku tidak terasa cuak? Kadang jam 12 am, aku turun di Stesen keretapi Awaji, malah sesat-sesat lagi sebelum sampai ke pangsapuri Kawakita san tanpa rasa gundah dan takut?

Mungkin benar kata orang, ignorance is bliss!

4.5.10

Surat terbuka untuk Hiroshi si kekasih fiksi


Kau pun tahu, betapa aku tersiksa
berada di tengah timbunan fail
dan di kelilingi mesin-mesin fotokopi

Aku lelah
tapi belum hilang kata-kata indah
terima kasih untuk kamu
dan untuk Tuhanku.

*aku catat ini di kertas terbuang, siang tadi. Malam aku habiskan dengan beberapa lagi perenggan*

2.5.10

Surat terbuka untuk Hiroshi(untuk kalian juga)




Kehadapan Hiroshi,

Seminggu aku tercampak di perkampungan orang Asli. Di kelilingi anjing-anjing liar. Di sini bukan Tokyo atau Osaka, di mana kau bisa temui anjing-anjing comel yang dihias cantik dan diletakkan di atas kereta sorong bayi. Selama seminggu kucuba menguasai hari-hari baru.

Sukar sekali memulakan sesuatu yang baharu di angka usia begini. Akhirnya, aku ditukarkan ke daerah yang lebih dekat dengan kediaman. Tapi tetap tersorok jauh ke dalam tanpa pengangkutan awam yang sempurna.

Ya
Esok. Hari Isnin.
Timbunan fail siap menanti aku di meja kantor.
Kecuali menyiapkan novelku, aku tidak boleh selalu-selalu lagi menulis begini untukmu.


24.4.10

Secangkir kopi


Dingin,kosong
tidak sehangat dulu
ku sajikan
untuk kamu

mahu pergi
dalam gelap bercelaru
bukan membawa rajuk
aku mungkin akan kembali

sibuk mengatur kembali hidup
sudah beberapa kali
ku atur
jarang sekali menjadi
seperti
ku mahu

22.4.10

Bagaimana menulis sebuah karya yang bermoral?

Mungkin begini

1 Malaysia
Rayat didahulukan,pencapaian diutamakan
Najib Pembela Bangsa
Rosmah ibu Permata

Antara tajuk-tajuk yang releven.
Mengapa aku tak tulis begini?

Kerana aku pasti termuntah hijau.

13.4.10

Hanami sudah berakhir untuk kita


"Kau belum tidur?," tanya Hiroshi via YM
"Apa kau buat?" dia kepingin tahu.
" Aku menulis," jawab aku via YM.
"Kau menulis, tentang apa, untuk siapa?"dia mahu tahu lanjut.
"Puisi untukmu....," aku kata
"Bacakan untukku..," ujarnya
"Gila kau, kau bukan dengar suaraku," jawabku seraya meletakkan icon budak bulat warna kuning sedang ketawa tergolek-golek.
"Percayalah, aku bisa mendengar suaramu di mana-mana...,"jawab Hiroshi.

*Menulis puisi cinta untukmu adalah satu pembaziran Hiroshi. Tapi aku tulis jua kerana ku tahu; engkau selalu mendengar suaraku di mana-mana dan aku mendengar suaramu ke mana-mana aku melangkah*

"Hello, kau masih di talian..,"tanya Hiroshi.
" Apa judul puisimu?"
"Hanami sudah berkubur..," aku kata.
"Kejam!" Horoshi sudah hilang di talian.

*Ya! Hanami susah berkubur.*

Hanami sudah berkubur sore tadi
kelopak bunga gugur beselerak semalam dan pagi ini

daun kering kekuningan seakan mahu mati
ranting polos sudah,
tiada lagi kuntum mewangi
untuk kau dan diri ini
benih baru tidak akan bersemi lagi
hanami takkan kembali.
selamat pagi Hiroshi!

10.4.10

Kenapa?


Ada teman-teman bertanya. Mengapa aku tak letak hasil karya yang tersiar di akhbar di dinding blog macam penulis lain.

Aku kata ada. Di blog tertutup.

Di blog tertutup, siapa nak tengok.

Aku kata, aku menulis bukan untuk ditengok. Untuk dibaca. Cukuplah kalau rakan terdekat dan rakan blogger yang membaca dan kebetulan mereka kenal aku.

PS: Aku malu untuk menempek tulisan-tulisan aku. Tunggulah kalau rajin, aku tempek di halaman ini. Di halaman sana?Oh! Tidak barangkali.

Di celahan pohon ume


Kehadapan kekasih gelap imiginasiku Hiroshi,

Aku sekadar mampu menulis seperenggan untuk Bab 2 setelah sepanjang malam berjaga.
Membiarkan kekasih halalku tidur kedinginan bersama kucing kesayangan kami.

Aku sibuk membayangkan engkau dan,
pohon ume yang sudah putus bunganya.

Pedih sekali cinta ini Hiroshi!
Lukanya bernanah sampai ke tulang hitam.

9.4.10

Di bawah pohon sakura


Hiroshi bingkas bangun. Mengeluarkan sekotak Mild 7 dan pemetik api.

Aku bertanya penuh rasa ingin tahu. "Mengapa merokok? Bukankah kau selalu berfikiran positif. Hanya memilih yang terbaik sahaja dalam hidupmu?"

"Aku memilih yang terbaiklah ni...merokok lebih baik dari jatuh cinta dengan pasangan orang lain." Ujar Hiroshi serius.

Dan aku terkesima.

Perlahan aku melangkah pergi meninggalkan dia. Mungkin buat selamanya.

7.4.10

Anak kunci



Kadang Ella terasa hidupnya semakin rumit. Seperti memegang segugus anak kunci. Dalam keadaan gawat dan sesak, dia kadang panik.

Kekasih juga, kadang seperti anak kunci yang sedang berada ditangannya sekarang. Kadang cukup menjengkelkan dan menyusahkan dia.

Kata bijak pandai, sangat sukar berbuat baik dengan orang yang paling akrab dan disayangi.
Ella jengkel, kebaikannya selalu disalah tafsir.

6.4.10

Tika aku sedang menanti engkau,matahari pagi!


Ku nanti engkau dengan penuh kesabaran. Sekarang sudah 2.30 am.

Engkau kejam dan tidak datang wahai Sang Ilham. Untuk aku sudahi bab kedua ini.
Buntu!
Tolonglah aku Tuhan.

Aku cuma ditemani dingin pagi. Menanti Subuh menjelang.

Akan ku kuak jendela sesudah tertunai hakMu.

Sudah lama, tidak melihat matahari pagi bersinar dan tersenyum.
Untuk aku.

4.4.10

Pernah?


Pernah kamu diberikan sesuatu ketika kamu rasa kamu tidak lagi memerlukannya? Inilah dilema yang sedang aku lalui. Belum ada hitam putih. Surat tawaran mungkin akan dihantar oleh pihak berkenaan pada bulan Mei nanti.

Serba salah!

Nak kejar impian ke nak keluar bekerja semula?
Satu impian aku sudah punah kerana bertambahnya usia
Satu lagi punah kerana tidak ada penaja. Lakon pentas, aku rindu KLPAC dan Nala sudah tiada di situ lagi.
Satu lagi impian aku ialah punya novel sendiri (pun tersangkut di bab 2). Dan dengan 2 cerpen yang tersiar di media perdana, apalah yang boleh dibanggakan sangat.

Kerja? Kena kerja untuk bayar itu ini. Ini masyarakat Malaysia. Artis bertelanjang ditaja sakan dan aku yang berperah otak, merangkai kata-kata indah untuk sebuah cerpen cuma dibayar RM60.

Aduh! Itu pun kena berbulan menanti.

Aku masih akan menulis!
Kerana ada sesuatu yang tidak mampu dibeli dengan wang.

Kepuasan!
Dan rasa diri dihargai.

29.3.10

Lullaby: Catatan 29 Mac 2010



Jam 10.00am. Ella terpisat-pisat bangun sesudah kembali tertidur jam 07.00am tadi. Dia merasa letih bercampur sebal. Diselak selimut, dia bangun dalam keadaan seribu tahun mengembara di Sahara. Ella mengesat-ngesat matanya yang degil mahu celik. Dikesat bibirnya. Liur basi bertempekan sana sini.


Ella pandang cermin solek. Semakin buruk rupanya. Kecantikan pudar sudah. Musim bunga berlalu dan kehidupan perlu diteruskan walau apa berlaku. Ella tidak bingkas lagi seperti dulu. Tiba-tiba dia rindu mengejar komuter UKM - KL C dan elarti KL C - Asia Jaya. Dia rindu terkejar-kejar selapas kerja ke Sentul dan KLPAC. Dia rindu berjalan-jalan dari Stesyen Awaji dan sesat-sesat sebelum sampai ke studio latihan Kim san atau apartmen Kawakita san. Dia rindu kepada anak-anak ayam dan sawah padi di tanah kelahirannya.

Ella cuba bangun. Perlahan-lahan. Rumahnya seakan diselebungi kabus tebal. Kabus tebal itu bagaimanpun semakin menipis. Tiba-tiba sahaja bertentangan dengan kamar tidurnya, ada lagi sebuah kamar tidur yang serupa. Ella rasa macam bermimpi. Mana ada kamar tidur di situ. Yang ada hanya hanya ruang dapur untuk memasak. Sejak mutakhir ini, fungsinya semakin hilang.

Dalam kabus tebal yang semakin menipis, kelihatan seorang perempuan tua yang baru bangun tidur seperti dia. Kamar itu dan susun atur perabotnya saling tak tumpah seperti yang terdapat di di dalam kamar tidurnya. Cadar dan selimut juga berwarna serupa. Ella cuba hampiri kamar tersebut. Malangnya, seakan ada cermin kaca lutsinar menghalang pergerakannya.

Ella kembali ke kamarnya. Jam di kamar tidurnya, tertera 10.20am dan kalender meja dengan hiasan gambar kucing comel bertarikh 29 hb. March 2010. Dia kembali mengintai kamar di hadapannya. Kalender dengan hiasan gambar sakura bertarikh sama tapi tahun berbeza; 29 hb. 2030. Jam dinding tepat 6.00am. Perempuan tua itu kelihatan tersenyum melhat lelaki tua yang tidur kaku dielimuti selimut tebal bercorak berbeza tapi masih sama warna dengan selimut tebal Ella.

Dari sebuah almari usang, perempuan tua itu mengeluarkan unifom kerja lelakinya, stokin dan lain-lain keperluan dengan penuh kasih sayang. Dikejutkan lelaki tua yang sedang tidur kaku. Ella cuba memberitahu perempuan tua itu yang pasangannya sudah tiada. Dia menjerit sekuat hati, malangnya suaranya tidak didengari sama sekali. Ella yakin lelaki tua itu sudah mati. Ella yakin dia tidak berhalusinasi.


Perempuan tua itu masih lagi mengejutkan pasangannya yang terbujur kaku. Wajah tua itu tenang dan kelihatan aman. Mungkin kedamaian terpamer di wajahnya adalah gambaran dunia sebelah sana yang lebih indah. Terbebas dari segala kekejaman dunia sebelah sini yang sesak lagi menyiksakan. Buat seketika, perempuan tua itu mengucup dahi dan tangan pasangannya yang kaku. Ella seakan terasa kedinginan itu berada di bawah tahap beku darjah C. Perempuan tua itu mengesat mata tuanya yang berkaca-kaca. Kemudian kembali berbaring sambil mendakap pasangannya yang kaku. Masih dengan rasa cinta yang mendalam.

Ella hiba! Hiba yang teramat hiba. Airmatanya mengalir tanpa sedar. Seluruh jiwanya luluh dan jatuh berkeping-keping.

* * *
Zasssssss! Selimutnya ditarik.

"Dah..dah..bangun bangun, pergi sarapan. Jangan nak bersedih-sedih tak tentu hala lagi. Bangun,mandi dan pergi tulis apa-apa" Leter lelakinya yang entah bila pulang.

"Kesian perempuan tua tu bang, suaminya mati.."
"Perempuan tua mana ni?"
Tu kat bilik...."
Belum sempat ayat itu Ella habiskan, si suami sudah keluar. Terdengar daun pintu ditutup perlahan.

Ps: Enri ini digarap setelah menonton filem pendek yang sungguh 'touching'













27.3.10

Lagukan 'Winter Song' untuk aku



Aku cuma boleh berkisah di sini. Tentang keadaan sebenar penyakit aku. Penyakit saraf aku, sudah semakin teruk. Aku tahu, doktor bukan Tuhan. Tapi ramalan mereka selalunya tepat.

Bulan ini, sudah banyak pinggan termasuk mug-mug kesayangan yang aku pecahkan tanpa sengaja. Semua gara-gara 'uncontrolled movement' aku yang semakin menjadi-jadi.

Satu tugasan universiti telah siap dan dihantar.
Satu lagi aku tak sempat buat lansung.
Satu lagi dalam proses. Date line lusa.
Aku tangguh semua peperiksaan untuk semester ini.
Aku tangguh pengajian untuk semester depan.
Diploma itu bukan lagi menjadi keutamaan.

Aku cuma mahu menulis dan melakukan perkara yang tiada peluang aku lakukan di waktu muda remaja.

Itu saja.
Duhai diri,bertahanlah!
Kerana aku mahu menulis lagi.
Mungkin surat-surat cinta untukmu, Hiroshi.

26.3.10

Inilah aku, ketika aku menjadi aku.


Aku rasalah kan...aku nak tukar tajuk dan tagline blog ni? Tulisan aku kat blog ni, macam mana? Tetap ada iras-iras blog lagi satu tu.


Ya, aku boleh tukar identiti, tapi tak boleh tukar siapa aku. Itu hakikat.

Kenapa blog sana ramai follower? Kadang aku tertanya benarkah mereka 'membaca' atau just click as follower? Dah lama aku tak update, ada lagi yang klik sebagai follower. Lantaklah weh!


Pelik! Tulisan aku bukan jenis boleh gelak2 sampai terburai usus pun.

25.3.10

Hujan dan dia yang pergi



Hujan dan kita cuma perlu dua cangkir kopi panas untuk mabuk-mabuk cinta bersama.
Hujan dan kita sekadar perlukan sekaki payung kertas untuk bersiar-siar bersama.

Atau kita boleh meredah rintiknya dan kebasahan bersama.

Esok, kita akan bersama mencari paracetamol, antibiotik dan priton dari farmasi atau premis tujuh sebelas
Hujan, dan kita boleh pilih selimut tebal untuk baring-baring di bawahnya; dan kucing kesayangan kita menumpang di antaranya.



Tapi!


Kau pilih untuk merewang entah ke mana-mana dan meninggalkan aku dengan sebuah laptop yang maha bisu



Pergi dan lupakan


"Aku yakin tiada yang terkurang enaknya di atas muka bumi Tuhan ni, selain bertahan dari kekecewaan yang teramat berat. menghilangkan sesuatu yang disayangi dan meninggalnya jauh dari hidup secara tidak rela." Suatu pagi Hiroshi memberitahu aku.

Dan aku tidak sampai hati untuk mengatakan dia berbohong.

"Ya,mudah saja," Dia terus cuba menyakini aku.

"Pergi dan lupakan"

Dan kami pun melangkah pergi. Tanpa menoleh lagi.

23.3.10

Oksigen mana? Mana oksigen? Perlukan oksigen pada jam 5am


Jack dan Jill, sejak mutakir ini asyik ke hospital. Kalau bukan mereka yang sakit, maka sahabat mereka yang sakit akan diziarahi. Maklumlah, sahabat-sahabat mereka yang sudah diakui saudara itu semuanya spesis "cacat". Pinjam istilah adik sebab adik suka sangat istilah ni. Sudah memang 'cacat' pun, kalau guna istilah yang muluk-muluk pun( contoh: kurang upaya, kelainan upaya, insan istimewa, etc..ect..) belakang kita orang panggil cacat juga. Betul tak adik? :D

Pendek cerita semua istilah-istilah itu tidaklah banyak gunanya. Sekadar nak menyedapkan hati kita. Betul kan dik?

****
Cerita lain. Sambungan ayat petama.

Semalam kerana letih sangat Jack dan Jill, bermalam di rumah adik. Oleh kerana tadi pagi Jack perlu berkerja, maka pukul lima pagi adik sudah bangunkan kami. Bayangkan pukul 5 am - lebih-lebih gitu, Jack dan Jill naik motosikal dan sesat-sesat di Putrajaya.

Fuyooooo! Lengang! Sebiji kenderaan pun belum jumpa. Sampai boleh langgar lampu merah sini-sana. Jill terketar-ketar ketakutan. Bukan takut hantu. Takut terserempak dengan perogol, perompak dan mereka yang sewaktu dengannya. Jack pula risau, sebab dalam dompetnya cuma ada kad ATM dan duit isi minyak RM10. Kad ATM, pula bukan ada duit, gaji belum masuk maaaa..


Dari cermin motosikal, Jill ternampak sesuatu terbang(yang disahkan bukan burung,kelawar atau mana-mana superhero terkenal dunia) mengekori mereka. Dia tidak berani beritahu Jack, sebab dia sedaya upaya meyakinkan diri itu adalah imiginasinya semata.

Ya, kalian kan semua tahu Jill ada sakit yang tak berapa betul dan suka cari penyakit. Suka tengok cerita-cerita seram, puaka dan hantu-hantu.

(muzik latar..pat..pat..siku..lipat..siapa cepat..dia dapat..dicilok dari drama Penunggu Gunung Raya) :D

Sambung cerita.
Jill syak sesuatu. Agaknya pontianak Leha Kebaya Jarang dari Kampung Fatimah Kacip sudah berhijrah ke sini.

Suara azan sayup berkumandang. "Benda terbang" itu pun hilang. Letih agaknya. Asyik terbang sepanjang malam.

Sampai di rumah, Jill cepat-cepat mandi dan ambil wuduk.

Waktu entri ini ditulis, demam Jill belum juga kebah-kebah.

22.3.10

Tuhan, aku mahu mengulang kenangan

I am saving my money to buy you a raw potato,
I will scrub it with my nailbrush and bathe it in my basin,
I will cut out your initials from its smooth brown jacket,
I will gift-wrap it in pink and tie it with pink ribbons,
I will place it in a shoe box on a bed of tissue paper,
I will deliver it to your doorsteps wearing pink shoes,
You will stare at it crossly at first, as if it were a baby,
You will take it inside quickly to stop the neighbours staring,
You will not know where to put it,
You will be afraid to hold it,
You will hide it in your bedroom, to protect it from stray glances,
It will live in the furthest corner forever, and embarrass you…

…by Sophie Hannah

Quite a cute short movie, actually.

Di kala Jill kehilangan kucing kesayangannya,Coco


Jam delapan malam tadi air dari langit tumpah mencurah-curah. Jack dan Jill memberhentikan kenderaan mereka beroda empat tetapi tetap dipanggil motosikal; meneduhkan diri masing-masing di sebuah kedai mamak di tepian bandar pintar bernama Putrajaya.

Jill sedang kedinginan dan bersedih. Dia tiada selera mahu memesan makanan(sebenarnya dia tidak sukakan masakan mamak, kecuali segelas teh tarik kaw-kaw). Jack seperti selalu-selalu; lelaki separa mesin. Lansung dia tidak perasan kesedihan Jill. Tanpa berlengah, terus dia memesan nasi + kari ayam untuk mengisi perutnya yang semakin ke hadapan. Sejajar dengan pertambahan usia mereka berdua.

"Makan kat kedai mamak murah" Kata Jack.
"Ada diskaun lagi.."Sambungnya. Tidaklah pernah dia perasan cebikan bibir Jill setiap kali dia berkata begitu.

Sambil menghirup teh tarik gelas tak begitu besar, mata Jill tertancap pada sisa makanan yang tertumpah di lantai. Kelihatan seekor burung kecil basah bulunya sedang mengheret sisa makanan tersebut, lalu dibawa terbang entah ke mana. Mungkin untuk makan malam bagi anak-anak kecilnya.

Hujan semakin lebat dan Jill berdoa agar burung kecil itu selamat tiba walau ke mana destinasinya. Mata Jill berkaca-kaca. Jack berhenti menyuap nasi dan kari ayamnya sambil memandang ke wajah sugul Jill

"Kenapa ni? Jangan bimbang, Tuhan merahmati burung kecil itu sebagaimana Dia merahmati kita"

Oh! Rupanya Jack bukanlah lelaki yang teruk sangat.
Jill kembali tersenyum sambil menggenggam tangan kekasihnya.

21.3.10

Bebal


30 minit dapat 2 juta
Cara mudah dapat 2.5 juta
1 juta untuk sehari


Apa ke jadah kerjanya

lacurkan diri untuk sejuta lelaki sehari

seludup dadah ke luar negara

rompak bank

peras ugut Dato' + Datin skandal

jual orang?
jadi pembunuh upahan?


Ah!
Tolol sekali.

20.3.10

Sunyi


Ketika hari
hujan merusuh dan menumpahkan tiris
aku sekadar mampu
berpuisi
tentang salji
mengisi dini hari
dengan rundung sunyi


Kecuali rintik-rintik hujan
ku pulaukan suara-suara selainnya

16.3.10

Empat puluh


Katanya, kekasih bukanlah sepotong kek manis yang dipaluti gula aising. Bukan sebiji donat perisa coklat yang ditaburi manik-manik berwarna.



Semalam. Kekasih separa mesinku sekadar membelikan aku sebiji burger penambah kelestrol. Dia sepatutnya membelikan aku sebiji kek perisa stoberi. Cupcake pun cukuplah. Dia terlupa, ucapkan selamat pun.

Terima kasih Tuhan!
40 tahun sudah menghirup oksigen percuma.
Menghalalkan dia untukku.

15.3.10

Tragedi yang kadang membunuh rasa

Ya..jika aku melayari blog ibu-ibu apatah lagi yang masih muda, aku menjadi teramat 'emo'. Kerana mereka boleh tulis pasal baby dan anak-anak. Tiada bayi dalam hidup juga kadang tragedi. Tapi aku fikir yang positif saja(ok! ok! aku tipu....).

Kadang-kadang!

Hendak tulis pasal politik, aku elegik.

Aku? Masih mencari Hiroshi.

*sigh*

13.3.10

Setiap hari aku berdoa, agar nyawa dipanjangkan berpita-pita kerana aku banyak cita-cita(dan dosa)




Sepuluh tahun lalu pada jam 6 hingga 9 am, aku adalah seorang andalusia dan penjual nasi lemak di warung kecil. Seawal 5 am sudah bangun, membantu emak membungkus nasi lemak untuk dijual di warung kecil tepi jalan. Aku berangan-angan mahu pergi Tokyo dan mencari Hiroshi.

Hari ini pada waktu-waktu begini aku kadang menulis blog, kadang sajak dan puisi yang tak pernah tersiar di media perdana. Kadang menulis cerpen separuh jalan. Kadang menulis tugasan. Kadang aku buka folder novel yang asyik tersangkut dan berserabai sana sini. Kadang aku sakit dan terkedang di atas katil. Dan aku masih berimiginasi tentang ume, sakura, salji, musim luruh dan Hiroshi.
Belajar memetik gitar dan melagukannya di sisi Hiroshi.

Damn!

Umur sudah 40 masih berangan-angan.


Harapan - sebelum nyawaku diangkat Izrael, malaikatMu, aku mohon aku mampu siapkan sebuah novel. Untuk tatapan Hiroshi.



*dicatat ketika khayal Diazepam*

12.3.10

Hiroshi 2


Hiroshi aku berharap agar bertemu kamu lagi. Di musim sakura kembang. Atau ketika musim daun marple gugur berserakan.

~ dicatat ketika aku melihat daun nangka dan cempedak berselerak di halaman rumah pusaka Allahyarham ayahandaku pada Aidifitri tahun lalu~


PS: Hiroshi, aku baru menemui nota itu dan poskad kamu.

7.3.10

Lagu pagi minggu yang 'swallow'



Hari minggu yang muram.
macam langit yang sedang aku teropong

dan aku rasa mahu jadi heroin Final Fantasy
.
atau jadi kartun yang dibelasah pun tak mati-mati
.

Tugasan tak siap
-siap.
tukangan cerita tersangkut
.
terpaksa ponteng kelas
.
sakit


*sigh*

3.3.10

Stigma


Di HKL mereka letakkan sebelah-menyebelah antara klinik psikiatri dan klinik pesakit saraf.

Sedang aku menunggu giliran mengambil ubat, seorang makcik memandang aku semacam.

"Anak ni datang dengan siapa?"
"Suami" Kataku sambil menunjukkan kekasih mesinku.
"Siapa sakit?"
"Kami berdua ada penyakit yang sama" Dengan lurus bendulnya aku menjawab.
"Kesian!" Kata dia sambil memegang tanganku.

Kemudian dia pergi. Aku nampak dia berbisik-bisik dngan dua tiga orang. Entah siapa. Mungkin saudara-maranya.

Aku mula tak sedap hati.
Aku syak sesuatu.
Mungkin makcik itu ingat aku dan kekasih mesinku pesakit mental. Apatah lagi gaya kami memang semacam.

Sepuluh minit berlalu.
Makcik itu kembali kepadaku. Dikuti suku-sakatnya.
Sebelum dia bersuara dan bertanya itu ini, aku bersuara tegas.

"Makcik-makcik sekelian, saya pesakit saraf. Jumpa doktor sebelah sana."Kataku sambil menuding jari ke arah klinik Nureologi.

Makcik-makcik itu terdiam.

Ya! Aku terpaksa bertegas. Bukan maksud nak berkurang ajar.
Bukan sekali dua aku mengalami insiden yang sama.

1.3.10

Aku suka bermimpi indah. Tapi aku juga ngeri kalau terbangun di dunia yang lagi satu

Kata adinda Tasik Merah, jika kita mimpikan Fahrin Ahmad atau Aoron Aziz(versi aku) baru berselera sikit mahu hidup.

Siang tadi aku sangat sakit. Sampai tersalah telan ubat. Sebiji Diazepam berganda.

Nasib baik nyawa aku belum terangkat ke langit.


Dan aku mimpikan Mamat ini. Dan dia sedang memandang aku begitu.
Oh! aku ingat aku sudah ke sorga (*senyum sorang-sorang*)

Sembunyi


Apabila aku dan engkau menjadi kita. Kau dan aku melihat sesuatu yang tidak lagi serupa. Ada yang tidak lagi tersembunyi. Ada yang terahsia tanpa sengaja. Ada ribut. Ada panas. Ada hujan. Ada pasang surut; masin dan birunya laut

Ada gelora. Kadang petir. Renjatan kilat

Pasir yang terlekat; permata yang tercicir.
Kadang masih mewangikan aroma cinta. Kadang memualkan rasa.

Itulah kita

27.2.10

Semoga ketemu lagi Februari



Sepanjang Februari, saya diuji dengan bermacam situasi. Hal-hal yang berkaitan kesihatan. Banyak kerja terbengkalai dan matlamat gagal menepati sasaran. Ulang alik ke hospital dan bulan Jun nanti akan ada satu lagi MRI Brain Scan.

Sebagai manusia yang lemah dan khilaf, hanya blog ini dapat memberikan saya keseronokan sementara. Blog lama saya, sudah ramai pengunjung. Di halaman sana, saya sudah tidak boleh merepek, meracau dan merapu lagi.

Jadi, di snilah tempatnya saya merepek,merapu dan meracau.

Selamat tinggal Februari. Moga-moga saya ketemu kamu untuk beberapa tahun lagi. Sebelum jejari saya menjadi kebas, kaku dan kejang.




Nota kecil untuk Fia


Fia
Dingin malam ini
aku pasti kau selamat di sisiNya

bermain bercanda di taman syurga
tiada lagi seksaan dunia

Teruslah tersenyum Fia!

Hari-hari yang buruk, tapi kau percaya ada kebaikan terselit di tengahnya

....iaitu iman. Tanpanya kau mungkin turun ke rel komuter di KLCC dan berbarig di atasnya. Atau kau pilih lebuhraya paling sibuk untuk berbaring di sana buat selamanya



25.2.10

Hiroshi


Hiroshi yang kukenali dua tahun lalu adalah seorang pengurus restoran di pekan kecil Nishiawaji. Dia pemuda tiga puluhan bersemangat dan sentiasa punya hal positif untuk diperkatakan.

Jika seseorang bertanya kepadanya tentang apa yang sedang dia kerjakan,maka dia akan selalu menjawab, " Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka mempunyai kembar!"

Banyak pelayan di restorannya akan berhenti jika Hiroshi berpindah tempat kerja. Mereka akan mengikutinya dari satu restoran ke restoran yang lain. Alasannya cuma satu. Bukan kerana Hiroshi kacak.
Bukan! Kerana sikap dan pandangan serta kemuliaan hatinya.

Hiroshi adalah seorang motivator alami. Jika teman sekerja sedang mengalami hari yang buruk, dia selalu ada di sisi mereka. Sambil memberitahu teman-temannya bagaimana melihat sisi positif dari situasi yang tengah dialamai.

Sikapnya benar-benar membuat aku jatuh hati. Suatu pagi aku memutuskan untuk berterus terang tentang perasaanku padanya. Tapi entah kenapa ayat-ayat lain pula yang terpacul dari bibirku.

"Aku tidak mengerti! Tidak mungkin seseorang menjadi orang yang berfikiran positif sepanjang waktu."

Bagaimana kamu dapat melakukannya? " Tanyaku

Hiroshi menjawab, "Tiap pagi aku bangun dan berkata pada diriku, aku punya dua pilihan hari ini. Aku dapat memilih untuk ada di dalam suasana yang baik atau memilih dalam suasana yang jelek."

Kemudian dia menghela nafas dan menyambung bicaranya" Aku selalu memilih dalam suasana yang baik. Tiap kali sesuatu terjadi, aku dapat memilih untuk menjadi korban atau aku belajar dari kejadian itu. Aku selalu memilih belajar dari hal itu. Setiap ada sesorang menyampaikan keluhan, aku dapat memilih untuk menerima keluhan mereka atau aku dapat mengambil sisi positifnya. Aku selalu memilih sisi positifnya." Panjang lebar jawapan yang diberikan padaku.

"Tetapi tidak selalu semudah itu," Protesku.
"Ya, memang begitu,"Kata Hiroshi.

"Hidup adalah sebuah pilihan. Saat kamu membuang seluruh masalah, setiap keadaan adalah sebuah pilihan. Kamu memilih bagaimana bereaksi terhadap semua keadaan. Kamu memilih bagaimana orang di sekelilingmu terpengaruh oleh keadaanmu. Kamu memilih untuk ada dalam keadaan yang baik atau buruk. Itu adalah pilihanmu, bagaimana kamu hidup." Petah tuturnya menjadikan aku terpegun. Sehingga aku terlupa mengunkapkan puisi-puisi cinta yang kutulis khas buat Hiroshi.

***

Beberapa bulan kemudian, aku mendapat tahu Hiroshi mengalami musibah yang tidak pernah terfikirkan terjadi dalam perniagaan restoran: membiarkan pintu belakang tidak terkunci pada suatu pagi dan dirompak oleh tiga orang bersenjata.

Saat dia mencuba membuka peti besi berisi wang, tangan Hiroshi gementar kerana gugup dan salah memutar nombor kombinasi. Para perompak panik dan menembaknya. Untungnya, Hiroshi cepat ditemui dan segera dibawa ke hospital.

Setelah menjalani operasi selama berbelas jam dan seminggu rawatan di ICU, Hiroshi dapat meninggalkan hospital dengan beberapa bahagian peluru masih berada di dalam tubuhnya. Aku menemui Hiroshi enam bulan sesudah musibah tersebut.

Saat aku tanya Hiroshi bagaimana keadaannya, dia menjawab, "Jika aku dapat yang lebih baik, aku lebih suka mempunyai kembar. Mau melihat bekas luka-lukaku? " Aku menunduk untuk melihat luka-lukanya. Pada waktu yang sama aku bertanya apa yang difikirkan saat terjadinya musibah itu.

"Perkara pertama yang terlintas dalam fikiranku ialah aku harus mengunci pintu belakang," Jawab Hiroshi. "Kemudian setelah mereka menembak dan aku tergeletak di lantai, aku ingat bahwa aku punya dua pilihan: aku dapat memilih untuk hidup atau mati. Aku memilih untuk hidup."

"Apakah kamu tidak takut?" Tanyaku.

Hiroshi terus melanjutkan cerita " Paramediknya hebat. Mereka terus berkata bahwa aku akan sembuh. Tapi saat mereka menolak tubuhku ke ruang gawat darurat dan melihat ekspresi wajah para doktor dan jururawat, aku jadi takut. Pandangan mereka sama sekali tidak menipu. Mata berkata "Orang ini akan mati. Aku tahu aku harus mengambil tindakan."

"Apa yang kamu lakukan?" Tanyaku semakin tertarik dengan ceritanya.
"Di sana ada seorang jururawt comel iras Ayumi Hamasaki bertanya padaku," Cerita Hiroshi.
"Dia bertanya apakah aku punya alergi. Dan aku mengangguk lemah"

Para doktor dan jurawat berhenti bekerja dan mereka menunggu jawaban Hiroshi. Katanya dia menarik nafas dalam-dalam dan berteriak, "Peluru!"

Di tengah tertawa mereka Hiroshi katakan, "Aku memilih untuk hidup. Tolong rawati aku sebagai orang hidup, bukan orang mati'."

Aku yakin Hiroshi dapat hidup bukan kerana kebijaksaan para doktor, tetapi juga kerana sikapnya optimisnya yang mengagumkan. Tuhan memberikan dia peluang kedua. Aku belajar dari dia bahawa setiap hari aku dapat memilih apakah aku mahu menikmati hidupku atau membencinya.

Satu hal yang benar-benar milikku; yang tidak mungkin dikawal oleh orang lain adalah sikap dan cara kita memilih untuk hidup. Benar! Sehingga jika kita mampu mengendalikannya dan segala hal dalam hidup akan jadi lebih mudah.


Kau, aku dan bicara kita tentang yuki


"Imaginasi aku tentang yuki sangat indah" Aku memberitahu Ayako

"Apa yang indah?Banyak mengundang resah gelisah. Kedinginan lagi menyusahkan" Balas Ayako perlahan

"Kau mula mengagung dan melangit puji pada lembab yuki.." Dia menyambung.

"Pada aku, biarlah jarang dan kadang-kadang.." Dia tersenyum

"Kau akan faham, bila ianya tiada lagi."Aku kata

"Ah! bertimbun menyesakkan lorong sempit kota ini." Ayako enggan mengalah.

"Jadilah insan yang bersyukur. Kalau kau percaya adanya Tuhan, pasti tak sia-sia semua pemberian-Nya" Kata-kata itu sebenarnya kulemparkan kepada diri sendiri.

Kami sama-sama diam.

19.2.10

Diari seorang lelaki


Dia seorang pemuda yang patah hati. Setiap enam bulan dia akan putus cinta. Sama ada ditinggalkan atau meninggalkan. Dia mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya, didatangi seorang wanita muda berkereta mewah. Dia dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Pabila dia tiba di sana, dia disuruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa agak gementar karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita. Fikirannya tidak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin difkirkan, berahinya muncul juga. (PS: Dia lelaki, bukan malaikat)

Wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu di sini ya! Jangan ke mana-mana," Pesan wanita itu lagi. Kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan.

Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Bagimanapun, akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik.. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.

Dia pun menunggu.








Menanti











Meunggu lagi






Setengah jam kemudian, wanita itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecilnya.



Wanita itu berkata kepada kedua anak kecilnya, "Tengok ni, Poppy dan Ninnie kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni"

Huh!

18.2.10

Tiada Alasan.


Aku bersuara perlahan. Dengan wajah yang tenang, tanpa menoleh ke arahnya. Aku, esok setelah pulang ke negaraku tentunya aku tidak akan sesekali melupakan keindahan warna musim panas di sini.

“Bukankah di negaramu juga sentiasa panas?”

“Benar. Tapi musim panas ini paling istimewa,” kataku.

‘Istimewa..!’ Aku mengangguk perlahan-lahan.

Di pinggir taman, sepasang remaja berjalan bergandingan tangan. Si gadis tersenyum ketika melintasi tempat duduk kami.

Mereka sekali lagi menoleh ke arahku.

"Musim panas di negaraku, tiada kamu Ayako!"

Dia mengangguk. Tiada alasan

15.2.10

Selamat Hari Velen(syaitan)


"Tiap tangkai mawar yang kau temukan di pintu depan rumahmu, itu aku yang meletakkannya di sana",

(Diam)

"Aku ingin menjadi kekasihmu"

(Diam)

"Puisi yang memenuhi kotak suratmu. Bunga yang selalu segar di depan pintu rumahmu. Coklat berbentuk hati yang selama ini kau ingini"

"Aku ingin lebih" Gadis seiras Megan Fox pantas menjawab.

"Apa saja untukmu", Aku membalas cepat.

"Aku ingin jantungmu!"

Giliran aku untuk berdiam. Mana mungkin aku hidup tanpa jantungku.


*dicatat ketika aku sakit hati melihat kebodohan manusia meraikan dosa yang disangka cinta*

13.2.10

Dunia mereka yang saling bersentuhan


Kata saudara Dingin - Dunia Ini Sederhana Kecil.

Tapi bagi Rina, dunia luas ini semakin sempit dan sesak. Setiap hari via fesbook dia akan meluangkan masa berbual dengan Zul Hisham. Dia tahu apa yang Zul Hisham tidak tahu. Zul Hisham adalah lelaki empat puluhan dan sudah bercucu. Nama sebenarnya Encik Hussin. bin Abdul Kareem Seorang kakitangan awam beribupejabat di Putrajaya. Sering menyalahgunakan akses internet di tempat kerjanya. Isterinya Makcik Sofiah seorang surirumah. Tinggal dua blok dari kediaman keluarga Rina.

Dunia sebelah Rina
Dia seorang gadis belasan tahun. Semua rangkaian sosial dia daftar via nama samaran dengan usia sebaya rakan sosialnya. Ibubapanya sangka anak mereka sangat rajin belajar.

*****
Oh!
Sungguh memenatkan hidup dalam "pembohongan" wahai pakcik
~ Rina~

12.2.10

Lautan mana tidak bergelora kata emak.


Semalam. Dalam babak mimpi paling paling panjang. Ninnie rasa dia sudah terbang ke bintang. Kulitnya hangus. Kehitaman. Mengelupas dan terhidrasi. Dia seakan tidak peduli. Janji dapat ke bintang.

Angin bersorak!
"Bodohnya kau Ninnie..," Jerit angin.

Dup! Dia terjatuh dari sofa. Jam dua pagi.
Ninnie bangun gosok-gosok mata dan menyambung mimpinya.

***
Semalam adalah hari yang paling kejam(baca: bodoh) bagi Ninnie.
Masakannya hangus kerana asyik mengendap fesbook.
Kekasihnya diam.
Entah kenapa dia rasa sungguh bersalah.

***
Pagi ini mereka berdua masih berperang dingin.
Belum ada tanda-tanda gencatan senjata!

11.2.10

Mau jadi pari-pari(ah! bencikan sayap itu)


Selamat malam.
Hari masih malam.
Pijar.
Tiada tanda hujan akan turun.
Walau langit sedikit mendung.
Ninie berdoa pada Tuhan.

Moga-moga dia bisa bertukar menjadi bidadari.



Kecil Lagi comel!
Sampai boleh mencelah masuk ke setiap saluran darah seorang anak muda.
Menyelinap ke setiap degupan jantungnya.
Lelaki yang dicintai

Biar aku namakan dia Zul Hisham bin Harun Ar Rashid!



*Ninnie macam Poppy. Meraka bencikan sayap itu*