26.5.10

Rindu!

Kadang aku rasa bagai disabotaj dek saluran internet di tempat kerja. Di waktu aku kepingin hendak menulis sesuatu di halaman kalian atau halaman sendiri, jam-jam itu jugalah ia segera bertranfomasi macam iklan biskut terkenal itu.

Benci!

Aku masih lagi sendirian. Di rumah kampung tersorok bertemankan suara cengkerik dan kokok ayam. Kadang timbul rasa cuak terutama di waktu menjelang Maghrib. Pernah telekung dan surah Yassin aku hilang.

Sialan punya iblis! Aku pasti amat aku tidak tersalah letak. Keesokan pagi, aku temui di tempat yang sama. Tempat yang selalu-selalu aku letakkan.

Makanya, Maghrib dan 'Isyak itu, aku terpaksa menggunakan kaedah lain untuk bersolat. Cukup sekadar menutup aurat. Dan aku yakin, Tuhan itu Maha Mengetahui.

Aku rindu!
Mengunkap yang indah-indah.
Untuk engkau
Hiroshi

5 ulasan:

Si Aizuddin berkata...

Adalah yang meminjamnya tu. Saya pun, setiap kali nak solat telekung saya hilang. Terpaksalah saya solat tanpa telekung.

puding roti berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
puding roti berkata...

si aizuddin ni kpn la comkar sgt? (comel + kelakar)

kakak, sy pnah tertinggal kain smayang ms g otstesen. ntah2 kt gunakn cr yg sm. huu

akirasuri berkata...

Salam Kak Lily.

Pindah mana dah ni kak?

Ellie berkata...

Aizudin,

Sedang membayang kamu solat pakai telekong...fuyoooo..comel giler muhahahaha!

Adik Puding,
aizudin pinjam tak hahahaha!

Atie,
Akak pindah sendirian. Abang masih di rumah lama. Nanti akak sms ye.