Nama dia Sufian. Dia jiran merangkap sahabat kekasih separa mesinku. Dia juga rakan sekerja kekasih separa mesin.
--------------
Nanti, aku sambung balik cerita tentang Sufian.
Kekasih separa mesin aku hanya pandai matematik. Dapat gaji, dia kan mula mengira hutang puitang. Hutang Astro. Hutang bank. Cukai pintu. Hutang rumah etc..ect...
Dia buta seni dan sastera. Dia tidak peka kepada apa-apa kecuali gajet-gajet terkini. Komputer, kamera DLSR, kamera digital, selfon keluaran terkini Samsung, Sony Erikson atau kotak empat segi LG.
Sekiranya, syarikat kapitalis tersebut mampu menjana sebuah mesin secantik Tiz Zakiah( dalam versi patuh perintah dan 'bisu') ; aku yakin dia akan sanggup memadukan aku.
Aku yakin dan yakin amat!
---------------
Okay, berbalik kepada cerita Sufian, jiran kami. Sufian bercakap menggunakan bahasa tangan dan jari. Oleh kerana, budaya masyarakat(Melayu yang tidak semestinya mengamalkan ajaran Islam syumul) maka insan istimewa macam Sufian akan dapat gelaran istimewa jugalah.
Contoh: Halimah Jongang, Betty Gemuk, Salim Tiang atau Leha Kebaya Jarang etc..etc etc..
Dan untuk Sufian, mereka gelarnya Pian Bisu.
Di antara jiran kami, cuma Pianlah yang kerap bertandang. Yang lain-lain cuma datang ketika hendak pinjam barang. Charger selfon misalnya atau aresol serangga.
Pian selalu datang, terutama ketika anak bininya balik kampung. Waktu itu, dia akan duduk minum teh dan berbual dengan kekasih separa mesinku. Dalam bahasa yang hanya mereka berdua saja faham. Aku sekadar tersenyum. Jika mereka ketawa, aku ketawa juga.
Buat-buat faham. Kemudian aku tanya kekasih separa mesinku "Pian cakap apa tadi bang?"
"Bla..bla.bla...," kekasih separa mesinku menerangkan.
Selepas minum-minum( teh) atau mabuk-mabuk (kopi) Pian akan balik. Pian tak lupa ucap terima kasih pada aku dan tunjuk isyarat ibujarinya. Itu aku faham.
Dia puji, minuman yang aku sediakan sedap!
Cuma satu yang aku tak berkenan pasal Pian. Dia tidak pernah datang dengan memberi salam.
Gila aku!
Maksud aku, Pian kadang kala main terjah pintu rumah aku. Cuma bila berkunci sahaja, dia akan mengetuk pintu dengan kuat sekali.
Siap terjaga anak kecil jiran sebelah yang sedang tidur.
Kadang Pian sms aku sebelum datang "Kak E, kekasih mesin ko ada?"
Aku jawab " Ada. Datang la..,"
Aku tahu, itu sama ada dia nak bertukar syif (kerja) dengan kekasih mesin aku atau bininya balik kampung. Atau ada surat, bil-bil..etc.etc..yang dia mahu sampaikan.
Semalam!
Ya malam tadi. Tiba-tiba dia datang, menerjah pintu rumah kami. Ketika aku sedang gian menonton Supernatural.
Ketika kekasih separa mesinku tiada
Ketika aku dengan baju tidur satin bertali halus
Ya!
Aku tergamam. Dia juga.
Aku cari kalau-kalau ada tuala, jaket, kain batik atau apa-apa saja yang boleh tutup auratku.
Kelam kabut aku dibuatnya.
Calaka kau Pian! (aku memaki dalam hati).
Dalam serba kekagetan, aku capai kusyen sofa. Itu saja yang ada.
Aku nampak, Pian perlahan kembali menarik daun pintu. Cuma tangannya yang kelihatan. Sambil menghulurkan sekeping kad jemputan perkahwinan.
Sesudah kad itu bertukar tangan cepat-cepat Pian tutup daun pintu rumah kami.
Aku cepat-cepat kunci pintu.
Kemudian!
Beeep!..beep!..
Satu sms tiba dan nama Pian tertera di skrin.
"Kak E, maaf aku tak sengaja. Tapi kau sangat cantik!"
Aku padam mesej itu. Takut kekasih mesin baca.
Ya! Kau tahu Pian.
Minuman yang non halal memang nampak sedap. Sebab syaitan sudah letak perisa stoberi di dalamnya.
Kau faham Pian!
(Dan 'Pian Pian' yang lain juga...)

4 ulasan:
Assalamualaikum Kak Ellie,
Salam perkenalan kak. Dah lama follow blog kakak, baru hari ni tergerak nak memberi ulasan.
Barangkali Kak Ellie ataupun kekasih separa mesin kakak perlu mengajar Pian, berterus terang dengan dia > katakan padanya, berilah salam dahulu bila bertandang di rumah orang.
Menerjah masuk ke rumah orang lain tanpa memberi salam, meletakkan kita cuma baik sedikit daripada penyamun. Bezanya penyamun selalunya orang yang kita tak kenal.
Walaikmusalam
Karl yang dihormati,
Salam perkenalkan juga untuk kamu juga. Kak E juga ada ke blog kamu & baca diam2.
Untuk makluman kamu, Pian memang tidak boleh mendengar atau bercakap.
:)
Jadi kakaklah yang perlu memahami dia & memastikan pintu sentiasa dikunci.
aku tak bulih dah pakai seksi2 gitu kak.... MC nampak malu. he he.
:P
.
TM
Selalunya aku pakai baju tidur kelawar batik yang melabang besar tuh
.
.
.
rasanya gua salah malam kut hahahahaha :p
Catat Ulasan