18.2.10

Tiada Alasan.


Aku bersuara perlahan. Dengan wajah yang tenang, tanpa menoleh ke arahnya. Aku, esok setelah pulang ke negaraku tentunya aku tidak akan sesekali melupakan keindahan warna musim panas di sini.

“Bukankah di negaramu juga sentiasa panas?”

“Benar. Tapi musim panas ini paling istimewa,” kataku.

‘Istimewa..!’ Aku mengangguk perlahan-lahan.

Di pinggir taman, sepasang remaja berjalan bergandingan tangan. Si gadis tersenyum ketika melintasi tempat duduk kami.

Mereka sekali lagi menoleh ke arahku.

"Musim panas di negaraku, tiada kamu Ayako!"

Dia mengangguk. Tiada alasan

3 ulasan:

tasekM berkata...

musim panas di tempat kita juga istimewa kak. ko jemur baju pukul 9, pukul 11 dah kering. he he.


.

Si Aizuddin berkata...

Kalau musim panas di tempat kita jual air mineral tepi jalan tu dua minit saja abis

Ellie berkata...

TM,
Kain baju aku boleh terbang haha!

Aizuddin,
Ko pernah jual dik? hahaha..