1.2.10

Stress + depression + anxiety or whatever


Semalam amat sakit (hati ya...betul...sakit hati) Gering fizikal oh..jangan cakaplah! Kadang aku rasa malaikat maut duduk di sebelah. Segalanya menjadikan aku marah. Bukan marahkan malaikat! Bukan marahkan Tuhan! Bukan!

***
Dia keluar. Sudah ku beritahu hari ini aku ada kelas. Telefon tak diangkat! Hati aku rasa macam direbus. Mendidih-didih! Sudahnya aku terlewat masuk kelas

****
Aku nampak nota-nota musik macam tahi cicak. Semibrave, minim, dotted notes, quaver, flag ect..ect... Tahu-tahu dua jam sudah habis!

****
Kelas kedua - Language Descripton dengan tutor jauh lebih muda dari seorang 'makcik'. Rasa 'malu + rendah diri' pun ada. Okey...small matter. Ini subject ulangtayang. No problem! Bila tengok soalan tugasan kena conduct research, kena create soalan researh, kena interview five English pre school teacher and submit report bla..bla..bla..
Selagi lagi aku rasa mahu meraung!

****
Balik rumah, aku bercerita dengan dia sambil menangis.
(oh! dakaplah aku seketika, tanpa sebarang kepentingan)

Haram!

"Okeylah, abang sudah lambat. Nak pergi kerja ni..,"
Itu sahaja! Itu saja ayat-ayat cinta yang dia boleh perturunkan.

Oh Tuhan!
Mana dia yang aku cintai dulu.

Tiada ulasan: