13.4.10
Hanami sudah berakhir untuk kita
"Kau belum tidur?," tanya Hiroshi via YM
"Apa kau buat?" dia kepingin tahu.
" Aku menulis," jawab aku via YM.
"Kau menulis, tentang apa, untuk siapa?"dia mahu tahu lanjut.
"Puisi untukmu....," aku kata
"Bacakan untukku..," ujarnya
"Gila kau, kau bukan dengar suaraku," jawabku seraya meletakkan icon budak bulat warna kuning sedang ketawa tergolek-golek.
"Percayalah, aku bisa mendengar suaramu di mana-mana...,"jawab Hiroshi.
*Menulis puisi cinta untukmu adalah satu pembaziran Hiroshi. Tapi aku tulis jua kerana ku tahu; engkau selalu mendengar suaraku di mana-mana dan aku mendengar suaramu ke mana-mana aku melangkah*
"Hello, kau masih di talian..,"tanya Hiroshi.
" Apa judul puisimu?"
"Hanami sudah berkubur..," aku kata.
"Kejam!" Horoshi sudah hilang di talian.
*Ya! Hanami susah berkubur.*
Hanami sudah berkubur sore tadi
kelopak bunga gugur beselerak semalam dan pagi ini
daun kering kekuningan seakan mahu mati
ranting polos sudah,
tiada lagi kuntum mewangi untuk kau dan diri ini
benih baru tidak akan bersemi lagi
hanami takkan kembali.
selamat pagi Hiroshi!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
aku pernah merasai hanami
di bawah pokok pokok sakura
yang akhirnya gugur menyembah dunia
yang aku gagal
ialah mengenal hiroshi
kerana telah hilang
sebelum sakura berkembang.
Aku juga tak kenal Hioshi
kerana dia hanya watak fiksi
yang aku reka-reka
supaya aku boleh terus 'hidup'
dan menulis
:)
Catat Ulasan