4.4.10

Pernah?


Pernah kamu diberikan sesuatu ketika kamu rasa kamu tidak lagi memerlukannya? Inilah dilema yang sedang aku lalui. Belum ada hitam putih. Surat tawaran mungkin akan dihantar oleh pihak berkenaan pada bulan Mei nanti.

Serba salah!

Nak kejar impian ke nak keluar bekerja semula?
Satu impian aku sudah punah kerana bertambahnya usia
Satu lagi punah kerana tidak ada penaja. Lakon pentas, aku rindu KLPAC dan Nala sudah tiada di situ lagi.
Satu lagi impian aku ialah punya novel sendiri (pun tersangkut di bab 2). Dan dengan 2 cerpen yang tersiar di media perdana, apalah yang boleh dibanggakan sangat.

Kerja? Kena kerja untuk bayar itu ini. Ini masyarakat Malaysia. Artis bertelanjang ditaja sakan dan aku yang berperah otak, merangkai kata-kata indah untuk sebuah cerpen cuma dibayar RM60.

Aduh! Itu pun kena berbulan menanti.

Aku masih akan menulis!
Kerana ada sesuatu yang tidak mampu dibeli dengan wang.

Kepuasan!
Dan rasa diri dihargai.

4 ulasan:

Aizuddin Jaafar berkata...

Berusaha! Berusaha! Berusaha!

Si Aizuddin bersorak memberi semangat

makissa berkata...

rezeki kak lily.... syukur...

tasekM berkata...

kerja sambil belajar tak bulih ke kak...?



.

Ellie berkata...

TM.
Jujurnya, aku takut dik. Bukan kau tak tahu, aku ada pengalaman pahit berkerja dengan manusia2 yang tak faham keadaan aku.

Adik,
Ya rezeki..kena pergi. Tka boleh tolak. Nanti,kalau ada surat tawaran namti & kerja tu sama erea,kak tumpang rumah adik boleh?
Tidur kat luar pun takpe hahahaha!

Aizudin,
T.kasih. Sorak kuat2 ye.:D