30.5.10

Bekerja bersama angka-angka

Hiroshi, barangkali benar bicaramu. Aku bukanlah insan yang sesuai untuk berkerja dengan angka-angka. Aku tidak gemarkan rutin. Aku cepat jemu dan mahu jadi surrealis

Bicara tentang gaji. Gaji adalah angka-angka. dan aku perlukan angka dan not-not itu untuk meneruskan hidup yang semakin tinggi kos saraannya. Apa kau fikir, kita akan bertemu tanpa not-not bercap kepala pembesar itu. Apa kau fikir, kita boleh minum-minum(orcha) bersama tanpa not-not itu?

Bulan ini, dan untuk entah beberapa purnama lagi; gajiku tertunggak kerana beberapa masalah teknikal. Dan aku, aku seperti aku. Perlu membayar itu dan ini.


Dan aku, seperti penjual cerita yang lain mengharap imbuhan tertunggak yang berbulan lamanya dimasukkan segara ke dalam akaun. Malangnya, tiada.

Saat ini, aku tidak pasti; hendak menangis atau ketawa. Atau menzahirkan keduanya serentak.

Aku tersenyum kembali.
Ya! Harus positif. Seperti katamu, Tuhan akan memberikan jalan keluar.

Hiroshi, kadang aku rasa angka-angka ini bagai monter-monter. Menelan lahap kata-kata indah yang mahu aku tulis untukmu.

3 ulasan:

sinaganaga berkata...

wah! ni lagi parah dari aku ni. pergh!

Dari Jalan Kopi berkata...

bagi nombor akaun
masukkan duit dan kita berdangsa
tinggalkan hiroshi buat satu ketika

Ellie berkata...

Bang, dapat gaji moh aku belanja ko makan-makn ek.

DJK,
Bagaimana mahu berdangsa? Aku bukan gades2 genit lagi :)