3.6.10

Sedikit catatan dari hati sunyi

Berkerja di sini, aku sembunyi-sembunyi menelan ubat. Tiada lagi keberanian mengubah perkripsi doktor. Tiada lagi keberanian menelan Diazepam sesuka hati. Jika tidak aku pasti tidur mati atau meracau benda yang bukan-bukan.

Alhamdulillah!

Kesakitan semakin hilang. Kadang rasa kejang tangan masih ada, tetapi agak berkurangan.

Entah apa hikmah Tuhan, letakkan aku di tempat tersorok begini. Barangkali untuk lebih mengingatiNya dan tujuan ketibaan aku ke alam bernama dunia.

Atau mengingati hari-hari kematian yang semakin hampir. Bersendirian di alam yang lagi satu.

Kadang bosan tanpa internet dan Astro. Kadang terjaga ketakutan di malam dingin.
Aku cuba sedayanya membiasakan diri dengan segala situasi dan kemungkinan.

Cuma satu, aku tidak dapat menulis seperti dulu.

Dan kucing berkaki tiga tak bernama ku temui mati kejung, di dalam hujan sesudah dua minggu dia kutinggalkan. Kematiannya, tidak memberi impak kepada sesiapa kecuali aku. Barangkali kematiannya lebih mengembirakan jiran sebelah (di kediaman lama); yang sering menyepak tubuh kerdilnya dengan kaki dan otaknya diletakkan di kepala lututnya.

Kucing berkaki tiga yang tidak diberi nama,
Engkau telah selamat menemui Tuhan dan sedang berbahagia.
Aku entah bagaimana.

5 ulasan:

Aizuddin Jaafar berkata...

Saya pernah tengok kucing berkaki dua dalam video di facebook. Ada manusia lahanat mana ntah yang pergi kerat dua kaki depannya. Tapi dia masih dapat hidup bahgia lagi selepas tu.

Aizuddin Jaafar berkata...

Kita sebagai manusia ni kadang-kadang terlupa. Yang kucing itu ada abang dia yang lagi otai.

DeeN berkata...

Salam kak!

girl FRIEND berkata...

salam kak...
bersusah-susah dahulu.. nanti adalah kesenangan menunggu.. heheheh

Ellie berkata...

Adik,

Ko boleh ler yang,kat Ptrajaya. Akak tercogok kat tempat jin bertendang ni. Nak berinternet pun susah beb!

Deen,
Selamat menempuh alam penuh diplomasi. Kadang terpaksa juga pakai hukum kuku besi :D

Aizuddin,
Akak pun oernah tengok kat ytube, sorang pompuan pijak lenyek mati anak kucing sambil ketawa. Tiada belas kasihan langsung.

Jalang lagi baik dari dia!