23.6.10

Suara-suara berhentilah bicara kerana aku mahu lena


Tiada suara yang menghentak gegendang telinga.
Selain suara-suara hati sendiri
yang mahu aku menangis
yang menyuruh aku terus tabah
yang menyuruh aku membakar dunia
yang menyuarakan dendam kesumat
yang berbisik agar aku berhenti mencatat
yang berteriak agar ku suarakan apa berselirat

Ah!
Kacau sekali. Alangkah bagus, jika kau ada di sisi ketika ini. Aku hanya akan mendengar bisik suaramu. Berbicara yang positif dan muluk-muluk untukku.

Hiroshi, di mana engkau?

3 ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

kata muluk muluk
janji janji manis
sudah memenuhi ruang dalam dunia ini
tapi tidak sebanyak bencana yang telah terjadi

Ellie berkata...

DJK,
Terima kasih kerana selalu memberi respon dan membaca tulisan entah apa2 seorang 'makcik' ini.

Dan aku rasa kau mungkin sebaya adikku. :)

Dari Jalan Kopi berkata...

tulisan kamu makcik meresap dalam jiwa
aku membaca dan mengomen bukan kerana bodek
tapa atas dasar rasa

aku sedikit melepasi umur suku abad