20.6.10

Gah

1.

Gah!
Pelbagai mercu tanda berdiri gagah
mata si marhein tersilau menyorot kerdip lampu
dalam hati galau, berdendang pilu
Oh!

2.

Aku duduk-duduk
memerhati salah satu tiang lampu
harganya barangkali
menjangkau sepurnama gajiku.

Putrajaya
Jun 19,2010

2 ulasan:

Dari Jalan Kopi berkata...

putrajaya bernilai dari segi harga wang dan ringgit

tapi gagal dari segi roh dan isi

aku - hanya mampu menulis dan tak bisa pergi

Ellie berkata...

Aku jalan-jalan nikmati pemandangan dan tak pernah makan-makan, kecuali angin.

Percuma dari Tuhan. :)