Ella masih belum pulang dari pejabat. Di hadapannya, ada sebuah komputer usang dan sambungan internetnya macam haram. Di kiri kanan ada longgokan fail yang minta diminitkan. Masa kerjanya, sudah tamat.
Di dalam beg tangan ada bergugus anak kunci. Kunci pejabat, kunci kediaman lama dan kunci rumah yang baru disewa. Dengar khabar, ada lagi pelbagai gugus anak kunci yang bakal menanti.
Ella, seperti selalu-selalu. Cuak dengan gugus-gugus anak kunci dan pintu-pintu baru.
Ella rasa macam mahu bermalam di pejabat. Tapi, dia bimbang terbangun awal pagi dan berada di asrama yang tiada berpenghuni itu.
Tadi, dia diajak pengetua mendekati kawasan asrama. Demi tugas, Ella akur.
Dan.
Ella seperti Ella yang selalu-selalu. Cuak dengan gugus-gugus anak kunci dan pintu-pintu baru!

1 ulasan:
Dulu saya malas nak pegang kunci asrama. Penyelesaiannya, masuk ikut tingkap macam kucing.
Catat Ulasan