22.5.10

Apabila kembali memilih untuk menjadi kuli


Aku terpaksa mencuri-curi melayari internet dari tempat aku memburuh untuk membaca halaman kalian senyap-senyap. Memburuh( pinjam istilah dari DJK), pada usia begini bukanlah perkara enteng. Apatah lagi, kau dihantar bertugas di tempat jin bertendang. Meredah kedinginan pagi dengan motorsikal pada jam 4.30 am, kadang kau bertemu dengan makhluk yang bukan-bukan. Barangkali, lambaian daun kelapa sawit pun kau tersalah tengok dan menyangka makhluk yang bukan-bukan itu.

Tapi, yang aku temui pada suatu pagi yang gelap itu ialah seorang pakcik tua berjubah putih. Aku cuba bersangka baik.


"Oh! Awalnya pakcik ni pergi surau/masjid"

Aku pura-pura buta. Walhal aku pasti sangat 'pakcik' tu tiada wajah.

Esoknya, baru aku sedar rupanya tiada surau mahu pun masjid di kawasan tersebut.

Aku sudah berpindah. Tidaklah sanggup lagi hendak bertemu dengan 'pakcik' tanpa wajah itu.

Menyewa di sebuah kampung tersorok, bertemankan kokok ayam dan radio sampah teknologi.

Berpisah dengan dia dan kucing tersayang!


Di tempat memburuh pula, saban hari ada sahaja pelajar histeria. Dan setiap hari telinga aku disumbat dengan cerita-cerita ala-ala misteri Nusantara.



Tengahari tadi, di waktu rehat aku duduk-duduk sambil merenung bangunan asrama yang tersergam indah belum lagi berpenghuni. Kalau ada pun penghuninya, mungkin makhluk-makhluk umpama 'pakcik' yang aku nampak di tepi jalan tempohari.


Tempat itulah, aku bakal ditugaskan mengawal selia nanti.

Aduh!


Mengapa berada di kota asing aku tidak terasa cuak? Kadang jam 12 am, aku turun di Stesen keretapi Awaji, malah sesat-sesat lagi sebelum sampai ke pangsapuri Kawakita san tanpa rasa gundah dan takut?

Mungkin benar kata orang, ignorance is bliss!

6 ulasan:

tasekM berkata...

moga kamu cepat sesuaikan diri dgn suasana baru.

kak, jika aku ada kelapangan aku nak ziarah kamu boleh...?




.

Dari Jalan Kopi berkata...

ellie
kau sampaikan salam kepada
penghuni asrama yang cun
bukan pakcik yang misteri

Z.A berkata...

lepas ni boleh tulis pasal alam ghaib.

Aizuddin Jaafar berkata...

Sediakan paku sebelum hujan. Jangan lupa bawa tukul.

puding roti berkata...

oh comeinya komen org di ats.

jg dr kakak :)

Ellie berkata...

Adik Pudibg,
Dia memang comel.Macam kamu :)

Aizudin,
Kenapa? Kalau bawa paku.pakcik tu boleh tukar jadi Brad Pitt ke muhahaha!

Zul,
Tak maulah,akak takut hik!hik!hik!

DJK,
Gadis2 jelita di bawah umurnya belum ada..tapi jika gadis misteri berambut panjang selalulah ditemui encik2 jaga sekolah. Masih mau mengirim salam. :D

TM,
Kau sanggup memandu ke sini sendirian muahahahaha!