"Kau belum tidur?," tanya Hiroshi via YM "Apa kau buat?" dia kepingin tahu. " Aku menulis," jawab aku via YM. "Kau menulis, tentang apa, untuk siapa?"dia mahu tahu lanjut. "Puisi untukmu....," aku kata "Bacakan untukku..," ujarnya "Gila kau, kau bukan dengar suaraku," jawabku seraya meletakkan icon budak bulat warna kuning sedang ketawa tergolek-golek. "Percayalah, aku bisa mendengar suaramu di mana-mana...,"jawab Hiroshi.
*Menulis puisi cinta untukmu adalah satu pembaziran Hiroshi. Tapi aku tulis jua kerana ku tahu; engkau selalu mendengar suaraku di mana-mana dan aku mendengar suaramu ke mana-mana aku melangkah*
"Hello, kau masih di talian..,"tanya Hiroshi. " Apa judul puisimu?" "Hanami sudah berkubur..," aku kata. "Kejam!" Horoshi sudah hilang di talian.
*Ya! Hanami susah berkubur.*
Hanami sudah berkubur sore tadi kelopak bunga gugur beselerak semalam dan pagi ini daun kering kekuningan seakan mahu mati ranting polos sudah, tiada lagi kuntum mewangi untuk kau dan diri ini benih baru tidak akan bersemi lagi hanami takkan kembali. selamat pagi Hiroshi!
Aku sekadar mampu menulis seperenggan untuk Bab 2 setelah sepanjang malam berjaga. Membiarkan kekasih halalku tidur kedinginan bersama kucing kesayangan kami.
Aku sibuk membayangkan engkau dan, pohon ume yang sudah putus bunganya.
Pedih sekali cinta ini Hiroshi! Lukanya bernanah sampai ke tulang hitam.
Pernah kamu diberikan sesuatu ketika kamu rasa kamu tidak lagi memerlukannya? Inilah dilema yang sedang aku lalui. Belum ada hitam putih. Surat tawaran mungkin akan dihantar oleh pihak berkenaan pada bulan Mei nanti.
Serba salah!
Nak kejar impian ke nak keluar bekerja semula? Satu impian aku sudah punah kerana bertambahnya usia Satu lagi punah kerana tidak ada penaja. Lakon pentas, aku rindu KLPAC dan Nala sudah tiada di situ lagi. Satu lagi impian aku ialah punya novel sendiri (pun tersangkut di bab 2). Dan dengan 2 cerpen yang tersiar di media perdana, apalah yang boleh dibanggakan sangat.
Kerja? Kena kerja untuk bayar itu ini. Ini masyarakat Malaysia. Artis bertelanjang ditaja sakan dan aku yang berperah otak, merangkai kata-kata indah untuk sebuah cerpen cuma dibayar RM60.
Aduh! Itu pun kena berbulan menanti.
Aku masih akan menulis! Kerana ada sesuatu yang tidak mampu dibeli dengan wang.