11.2.10

Hari cerah, hati murung. Apa kata kita tulis sebuah puisi kosong?


Mari
aku ajar kau senyum dan ketawa
walau hari ini
macam sial
kau rasa mahu cepat-cepat panggil ajal


Mari

belajar denganku

bagaimana untuk
bersenggama dengan ketidakadilan

Ayuh
letak cinta di bawah tapak kaki
seketika

Mari!

2 ulasan:

Aizuddin Jaafar berkata...

Syurga dibawah tapak kaki ibu. Cinta dibawah tapak kaki saya

Ellie berkata...

Aizudin,
Cinta kepada Tuhan, letak atas kepala
Cinta sesama makhluk biar seadanya
Cinta kepada 'si dia' dalam cara yang paling sederhana

"pinjam sebaris puisi Khalil Gibran*

:)